VSCO

VSCO Logo

July 16, 2013

Perginya Seorang Pahlawan Siri 2

Seorang anak tani dari desa, yang begitu struggle dalam kehidupan, seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan yang amat tinggi untuk melihat Melaka maju dan berjaya- itulah 

Datuk Seri Hj Abu Zahar bin Hj Isnin,

Beliau lahir di kalangan keluarga politik, Bapanya Hj Isnin Mahad merupakan bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang sangat popular pada zaman 1940an(rujuk sejarah), Abangnya Datuk Hj Ahmad Bin Hj Isnin adalah bekas ADUN kawasan Sungai Rambai, bekas senator dan juga bekas ahli Parlimen kawasan Jasin yang berkemcimpung dalam politik dari awal hingga akhir hayatnya. Bapa mertua beliau, Tn Hj Mohd Jiddi bin Abdullah juga seorang ahli dewan undangan negeri dan bendahari pertama UMNO bahagian Jasin,

Boleh di katakan beliau seorang yang berdarah pemimpin, nilai-nilai dan bakatnya memimpin terselah dari latar belakang keluarganya, jadi tidak hairanlah politik memang menjadi darah dagingnya.

Beliau bergerak cergas dalam politik seawal tahun 1965 sebagai ahli UMNO cawangan Jasin, beliau membantu bapa mertuanya yang pada waktu itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, pada tahun 1970 hingga tahun 1974 beliau memegang jawatan sebagai ketua pemuda UMNO cawangan Jasin, dan seterusnya beliau menang dalam pemilihan dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, dari tahun 1974 hingga 1978.

Semasa pilihanraya tahun 1986, beliau menang dengan begitu cemerlang di kawasan ADUN Sungai Rambai, pada tahun itu juga cucu pertama beliau lahir, susulan kemenangan beliau, beliau dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri, 

Pada tahun 1990, sekali lagi beliau menang pilihanraya di kawasan yang sama dan sekali lagi di lantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri sehingga tahun 1995, Pada tahun 1995, kali ini beliau bertanding di kawasan ADUN Merlimau, iaitu kawasan baru pada waktu itu, beliau menang dengan majoriti besar, dan diatas kejayaan itu, beliau di lantik menjadi Ahli Exco dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian, tidak lama kemudian beliau di pindah ke jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Kemudahan Awam.

Semasa memegang jawatan tersebut, beliau telah merancang pelan induk pembangunan jalan di seluruh negeri, dimana beliau merancang untuk menghubungkan semua pekan-pekan kecil dengan jalan raya yang cukup sempurna, terdapat jalan-jalan "shortcut" di bina untuk kemudahan penduduk-penduduk pedalaman atau kampung.Jasa beliau ini lah yang kita gunakkan sehingga ke hari ini.

Jasa beliau akan tetap kami generasi akan datang hargai, jasa yang tiada tolak bandingnya, jasa yang sangat berguna pada generasi sekarang..

3/9/2011 semasa menyambut raya aidilfitri dan majlis pertunangan cucundanya


AL-FATIHAH..

wanjahali
cucunda

No comments: