VSCO

VSCO Logo

July 31, 2013

Tuberculosis (TB)

Penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang amat serius, tidak boleh di ambil enteng, jangan mengambil mudah tentang Tuberculosis(TB) ini, penyakit ini berpunca dari individu-individu yang di jangkiti kuman ini, di mana sistem imunasi badannya tidak kuat untuk melawan kuman ini.



Namun begitu, terdapat dua jenis TB, iaitu Pembawa dan Dijangkititi,;

  1. TB Tidak Aktif
  2. TB Aktif
TB Tidak Aktif

TB Tidak Aktif ini tidak berupaya untuk merebak walaupun anda sebenarnya di jangkiti, mungkin imunasi badan anda dapat mengawal kedatangan virus ini

TB Aktif
Dalam situasi ini, jangkitan ini boleh disebarkan dan merebak di sebabkan virus-virus TB ini telah bergerak secara aktif.

Disini ada beberapa tanda-tanda awal yang anda dijangkiti virus ini;


  1. Batuk melebihi 2 ke 3 minggu secara berturut-turut/berlarutan (Jangkitan merebak ke paru-paru)
  2. Kehilangan berat badan secara konsistensi 
  3. Demam
  4. Keletihan/lesu
  5. Merasa badan sejuk
  6. Berpeluh bila waktu malam
  7. Kehilangan selera makan
  8. Batuk berdarah(rujuk no 1)
  9. Sakit dada (rujuk no 1)
Penyakit TB ini bukan hanya boleh berjangkit pada paru-paru sahaja, namun ianya boleh berjangkit pada organ-organ dalaman manusia yang lain seperti buah pinggang, otak, tulang belakang dan sbgnya,

Apabila sintom-sintom di sebut diatas ada pada diri anda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya, mencegah lebih awal sebelum terlambat, beberapa test yang perlu anda lalui seperti memeriksa larutan ludah/kahak anda, Tuberculosis skin test, dan seterusnya proses sinaran X-ray untuk melihat kuman/bakteria yang terdapat pada paru-paru anda.

Di sini terdapat beberapa langkah berjaga-jaga untuk menghindari penyakit berjangkit ini; ada pelbagai cara untuk mengelakkan virus ini merebak,
  • Pastikan sistem immuniti anda dalam keadaan yang baik dan bagus. Diet yang sihat, tidur yang cukup, senaman yang konsisten dapat menyumbang kepada sistem immuniti yang baik
  • Menjalankan ujian kesihatan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan sistem immuniti yang rendah
  • Jika anda disahkan menghidap TB Tak Aktif, ambillah langkah berjaga-jaga. Lazimnya, doktor akan menasihati anda untuk mengambil ubatan bagi mengelakkan anda dijangkiti TB Aktif yang lebih teruk dan berkebolehan merebak
  • Jika anda adalah pesakit TB, pastikan rawatan yang anda ambil adalah efektif bagi mengelakkan diri anda dan orang awam dijangkiti penyakit TB; sumber:masurah
Jadi, lebih baik mencegah dari anda terkena jangkitan ini, jika sintom-sintom didapati pada diri anda, segeralah berjumpa pakar untuk mengetahui sama ada virus ini berada atau tidak dalam kondisi badan anda,
sentiasalah berhati-hati dalam setiap apa yang dilakukan.



No comments: