VSCO

VSCO Logo

January 05, 2014

Si Penyamun Tarbus

Hari ini 5hb Januari 2013,

Genap Madani berumur 2 bulan 1 hari,itu cerita kegembiraan yang boleh dikongsi sebab hanya budak comel ni telah dapat membahagiakan aku dari memikir masalah-masalah dunia,

Hari malang bagi aku dan wife

Cerita 2014 paling awal dan paling tidak enak adalah kehilangan wang saku dan dompet dan segala yang ada dalam dompet, penyamun tarbus telah dengan selamber kodok dia mengambil atau terambil, tapi tak mungkin lah terambil sebabnya habis di umpil tingkap rumah aku, dasar penyamun tarbus jahanam!

Aku tak kisah pasal duit walaupun sebenarnya tipulah kalau aku tak kisah pasal duit, RM400 itu banyak kot!! Paling aku kisah adalah barang-barang peribadi yang tersangat penting dalam dompet seperti IC, Lesen, Kad bank, keperluan asas ini bukan mudah macam magic tiba-tiba boleh ada balik depan mata macam main game pakai cheat, Masalah utama adalah kau kena buat balik semua tu dengan kau perlu beratur panjang mengambil masa berkualiti kau untuk kau siapkan semua perkakas perkakas asas dalam kehidupan tu dengan keadaan yang sebenarnya kau tidak banyak masa, leave aku nak simpan untuk bercuti-cuti malaysia dengan family punah begitu sahaja.

Kalaulah aku jumpa penyamun tarbus ni, benda pertama aku akan buat ikat kau dekat pokok depan rumah yang memang betul banyak kerengga, kasi sepam dua das dekat muka, bagi lah kau duduk dalam sehari dua dekat situ, dan esoknya aku akan bagi lagi sepam dua das dekat perut, barulah aku buat-buat macam baru terjumpa kau dan terus bawa ke balai besi yang tentu tentu abang abang polis bagi kau lagi sepam dua das.

Maka berakhirlah kisah tidak puas hati aku pada kau si penyamun tarbus, nak duit lain kali datang ketuk pintu rumah, kau tipulah kau tak makan setahun dua, konpem aku bagi kau duit siap bungkuskan cake lapis untuk kau alas perut.Faham!!

*kalau tiba tiba kau datang pulangkan wallet aku, alhamdulillah.. tapi ingat sepam dua das dulu aku bagi, lepastu aku bagi lah kau 10 20 ringgit sebagai ucapan terima kasih tak terhingga.





No comments: