VSCO

VSCO Logo

October 31, 2011

Sosial yang semakin Sial!

Zaman ke zaman, makin ramai yang cerdik dan makin ramai yang pandai, sampaikan semua manusia dalam dunia ini bersifat genius, tidak kira dari segi pelajaran, kreativiti, dan sebagainya, usah kita ragu sebab semua handal, ada juga berfalsafah dan ada juga yang berfalsampah.

Tidak menafikan, kewujudan teknologi-teknologi kini semakin merobek sifat jiwa sebenar diri kita yang dulunya bersifat lebih realistik, bukan robotik dan lebih mudah untuk ditafsirkan adalah bersifat anti sosial!

Maka, kemunculan era-era baru bakal merosak jiwa,kebebasan berfikir semakin terhad sebab semua mempunyai jalan yang mudah, macam aku, duduk sambil minum kopi panas, mendengar lagu-lagu berentak jazz sedikit dan berbaur punk, sambil aku ditemani bunyi-bunyian dari atap bumbung yang diketuk oleh titisan air hujan, ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, duduk mengadap komputer, tekan tup tap tup tap keluar lah apa yang kita mahu.

Kadang makin risau tapi semakin dirisaukan semakin seronok pula, tiap hari melekat depan komputer pun tidak mengapa, luahan ini ditulis secara spontan tanpa berfikir apa-apa, lalu penghabisan cerita ini amat lah .......

demn!

bye!

wanjah.studio|2011

No comments: