VSCO

VSCO Logo

May 11, 2017

Warnai dunia

Seraya memandang ke timur , melihatkan kepulan-kepulan asap , gundah membangkit dari nyenyak-nya tidur , warna hitam membasahi luhur.

Masih muda seakan-akan riak , hati masih menumpu pada yang bukan-bukan , elak dari tersasar-nya jiwa , niat utama perlu dikotakan.

Terus berjalan , mengejar impian..

April 10, 2017

Sampai Bila

P_20170313_003727.jpg
Lenyap bayang-bayang , aku beransur diam. Pulangnya sang lara dan duka menjadikan hilang rasa bayang. Dalam fikiran membuak-buak , dalam hati mencanak , dalam jiwa terburai bersepah , pecah hati pecah jiwa. Apa hidup ini hanya satu tuju atau cuma menunggu.
Kita sering terbuai dalam dakapan keselesaan , sehingga kita tidak dapat merubah apa-apa kerana ianya terlalu selesa. Kadang manusia itu berasa selesa kerana tidak mahu mencuba. Trauma dengan luka-luka lama yang menyakitkan mungkin.
tapi..
sampai bila..?

January 31, 2017

Minyak Dan Trump

Harga minyak naik , 20sen.

Kita masih mampu tersenyum , hanya senyuman sinis sambil menaikan sebelah pipi , walhal dalam hati rasa gundah gulana kerana perbelanjaan bulanan akan sedikit terganggu , benda yang dirancang bakal di-reject secara suka ria.

Niat mahu bercuti luar dari kota , sudah mula fikir tentang perihal tol dan petrol , cut budget sana sini atau mungkin percutian bakal di-cancel sekali lagi. Kesian anak-anak (walaupun yang seorang baru berumur 3 tahun dan seorang lagi 1 tahun) , bagi anak yang berumur 3 tahun ni dia sudah mula faham tentang apa yang di janjikan kepadanya. terpaksa janji di capatikan kah? atau meredah sahaja mengikut budget yang ada, budak-budak ni bila dengar mahu membawanya ke Taman Tema Thomas and Friends di "negara" JB, perasaan excited nya sudah tentu lain macam.

Apa-apapun bergantung pada budget.

Terima Kasihlah kepada kerajaan yang perihatin.

__________________________________________________________

Trump ,

Al-kisahnya baru-baru ni Trump telah mengumumkan berkenaan 7 negara islam yang di ban untuk memasuki US, (Trump's travel ban)

Kita tidak perlu risau , bukan sesuatu yang penting untuk kita hiraukan bagi aku , yang patut kita hiraukan dan gusarkan adalah sebuah negara Islam yang sedang kita diami ini yang semakin berleluasa nya rasuah dan korupsi , serta tahap integriti pemerintah yang semakin ke arah membimbangkan.

Kesimpulannya, jangan gusar tentang negara luar , kerana itu hak mereka , risaukan lah tentang tanah air kita yang tercinta ini.

Sekian.