Perkataan pertama yang patut aku luahkan adalah, Sedih!
Sedih bila lihat semua berubah mengikut kekejaman masa yang semakin memburui kita, bila aku kenang, aku tatap wajah-wajah semua aku rasa mungkin itu takdir tuhan yang inginkan makhluknya mempelajari sesuatu benda yang paling berharga dalam nota pengalaman hidup-nya.
Sudah pasti kehidupan itu ada warna-warna yang mungkin semua boleh tahu, boleh cuba bayangkan, boleh buat apa sahaja spekulasi, sebab setiap pendapat mungkin berbeza-beza. Ada yang jahil dan juga ada yang sentiasa berhati-hati dalam melalui pelbagai emosi dan dugaan, bila terlalu berhati-hati timbul-lah sifat-sifat hipokrit dalam diri masing-masing yang mana bila ianya cuba disentuh dan dicalarkan mungkin ada yang akan melenting dan bertindak diluar jangkaan.
Itu pasti..
Memang pasti..
Aku sedih..
Mungkin aku tidak terlalu mengambil peduli soal mengenang jasa, soal-soal yang seangkatan dengan-nya, malah aku sanggup berkorban untuk aku merealasasikan impian semua, walaupun pendapat aku sering sahaja di hina dan di caci, sebab aku tahu kebenaran itu akan muncul bila semua sudah bersedia menerima impak-impak yang bakal dicampakkan di hadapan muka masing-masing.Benar!Itu pernah berlaku dan tidak mustahil ia-nya akan berlaku lagi.
Bila kadang kondisi diri ke arah keburukan, keburukan yang sedia ada akan menjadi lebih buruk sedangkan keburukan itu boleh ditukar dengan kebaikan bercampur dengan usaha yang tegas, tegas bukan dari segi kuasa, tegas pada diri sendiri dalam erti kata lain, letakkan satu sasaran dalam kehidupan walaupun liku-liku itu cuba membantut-kan sasaran kita.Cuba!
Sekurang-kurangnya, setiap apa yang jadi itu dijadikan nota-nota dalam hidup yang hanya boleh dipadam pada bila-bila masa, akan tetapi kamu telah memilih mata pena yang akan membuatkan titik itu kekal sampai bila-bila.Titik hitam yang sukar di padam, dan sukar di baca.Merendah diri sudah mencukupi!
Menghina dan mencaci memang kegemaran kamu, apatah lagi bergaduh, mungkin itu hebat dari segi kekuatan fizikal, tetapi dari segi mental, kau adalah orang yang paling rugi kerana tidak menggunakan akal fikiran kurniaan Allah swt dengan cara yang sepatutnya.Rugi! Faktor umur sama sekali tidak memainkan peranan.faktor pengalaman hidup itu yang paling mujarab untuk kita bawa bekalan di masa akan datang.Sungguh!!
Hanya orang yang memahami aku yang akan cuba duduk disebelah aku sambil berbisik "Bersabarlah kamu" , berkat! berkat kesabaran itu adalah menguat semangat aku.
Terus terang, dalam hati aku sejujurnya cuba memperbaiki, tetapi atas makian yang kamu berikan semua, membuatkan aku lebih ingin menjahui kamu semua.bukan takut mahupun kecut, sekadar ingin menghormati sifat manusia. Tidak ada yang sempurna..
Percayalah, masing-masing akan berjaya dalam kehidupan masing-masing dengan izin-NYA..
Nanti kamu semua akan jumpa talam-talam pada muka masing-masing..Insyallah..
S i b i a d a b__________2012

No comments:
Post a Comment