VSCO

VSCO Logo

May 02, 2012

Bersih 3.0

Dari awal pembabitan kuncu-kuncu ini buat aku rasa rimas, terutama bangsa sendiri. Memang kita dari dulu mudah di perkotak-katikan , yelah, kalau tidak sudah semestinya kita tidak akan di jajah.

Tersangat kasar untuk aku menyebut BODOH! , terlalu baik jika aku tidak menyebutnya lansung, ok, setiap orang ada pendapat masing-masing dan aku bukanlah pro kerajaan dan juga bukan pro pakatan dan juga bukan pro mengulas sukan.sebaliknya aku hanya ada isi hati yang terbuku, aku tak tahu nak diluahkan dimana disebab kan sepanjang seminggu ni aku meluangkan masa bertelagah sesama melayu dalam dunia realiti dan juga alam maya.

Baiklah..

Aku mulakan dengan tahap ironinya bangsa sebangsa aku , sebelum tu ingat, aku bukan pro kerajaan. 

1. Bangsa ku memang terkenal dengan sikap mudah percaya.

2. Mungkin ada segelintir tidak tahu perjuangan radikal mereka bakal membawa kemusnahan kepada bangsanya sendiri.

3. Pengikut yang hanya menjadi pak turut

4. Orang kata "Hidup..Hidup.." dia ikut.

5. Tidak mempunyai arah tujuan yang sama dan selari , Liberalism di sini akan membawa pelbagai maksud.yelah, hati masing-masing.

cukup dengan 5..banyak-banyak nanti bangsa aku juga..

Mereka berkata kerajaan bersifat tirani, sejauh mana tirani-nya aku pun tak tahu, sedangkan kita hidup semakin kehadapan, semakin berteknologi , semakin maju , semakin pesat membangun.Aku bersyukur pemerintah kita bukan komunis.

Bila sebut tentang korupsi, 

Di mana-mana pun ada korupsi, tidak kira pemerintah kita UMNO mahupun PAKATAN , korupsi akan tetap berlaku dengan berleluasa, sama ada dapat lihat dengan mata kasar atau pun tidak, itu pandangan masing-masing.

Pandangan aku, selagi kita hidup tidak ditindas dengan kejam se kejamnya , kita harus bersatu pertahankan negara, bukan mengikut kehendak orang-orang yang ada agenda sendiri.Hentikan mengikut telunjuk "orang luar" jika kita ingin merasa kenikmatan hidup di tanah kita sendiri.

sambung nantilah, bersih 4.0.. aku nak tidur..

bye!

No comments: