VSCO

VSCO Logo

December 26, 2012

Politikus atau pejuang bangsa

Aku perhati, aku senyum, aku baca aku rasa nak tergelak, bukan setakat tergelak, mungkin terbahak-bahak;

Pertamanya, aku tidak tahu apa agenda Pakatan, sama ada agenda untuk rakyat mahupun peribadi, tapi dari pandangan mata kasar aku, ini mungkin bersifat peribadi; mungkin dendam kesimat ataupun dendam berahi,

Keduanya, ada pula ramai pengikut-pengikutnya yang taksub, sehinggakan sanggup membiarkan tanggungjawab utama mereka; aku sedih, bangsa yang sebangsa berpecah belah dek kerana nafsu individu,

Ketiganya, racist tanpa batasan yang dibuat secara halusan kepada kita yang sebangsa, aku rasa korang pun tak faham apa aku cuba sampaikan, takpe, mungkin nanti bila sudsh tergantuk mungkin masa tu kita akan tergadah, kita jadi seperti singapura secara zahirnya.

Keempatnya, kita bangsa yang sebangsa bertelagah, berpecah belah, bercerai berai, ber dan segala ber lah,

Kelimanya, sememangnya tiada jalan untuk mengubah mentaliti mereka kecuali hanya diri mereka yang dapat merubah segalanya, mungkin dengan lebih meneliti hasil peninggalan cerita-cerita sejarah, hasil dari perjuangan datuk nenek moyang kita, dan memahami apa yang mereka juangkan dahulu, mungkin kita akan tersedar.

Keenamnya, Jangan berpolitik sahaja tanpa menyedari apa yang bakal menyusul dan menimpa bangsa yang sebangsa kita, mereka mungkin sedang seronok melihat kekacauan antara kita; jangan jadi politikus tanpa tahu apa erti perjuangan sebenar untuk bangsa, tanah kita biar kita yang mengemudinya.

Ingat! Kita mencari pemimpin yang punyai pendirian dalam manifesto-nya,  bukan semberono atau sembarangan, dan tidak mempunyai pendirian.

Wallahualam..

No comments: