VSCO

VSCO Logo

February 19, 2013

Fasa Kehidupan

Walaupun aku sedikit rasa lega, rasa ceria-ceria warna warni kehidupan selepas selesai majlis-majlis perkahwinan aku, aku masih berfikir tentang fasa kehidupan aku selepas ini,

Memang benar kata orang, fasa kehidupan alam perkahwinan ini amat berbeza, kau sudah mula tukar lifestyle kau, kau sudah mula timbul rasa kedekut, kau dah mula rasa bertanggungjawab, kau sudah mula tidak berbelanja boros macam masa kau bujang dulu, belanja ikut suka hati, sekarang air milo ais lepak kedai mamak berharga rm2.50 pun kau sudah mula merungut, mungkin ini benda yang mak ayah kita lalui dulu.

Kalau dulu kau rasa kau paling gigih cari duit untuk kahwin, sekarang kau mesti lagi gigih atau double triple gigih cari duit untuk tempuh kehidupan akan datang bersama isteri.jangan ambil ringan atau ambil mudah.

Tapi tidaklah sebeban mana yang kau sangka, sebab ini semua rezeki, kau rajin insyallah rezeki akan datang, kehidupan berumah tangga ni sangat-lah best tak terhingga, walaupun kau dapat seorang isteri yang tidak seberapa pandai memasak, tapi akan ada usaha dia untuk memasakkan kau, sedap tak sedap itu belakang kira, yang penting air tangan dia dah dijamah,

Kalau dulu, bila time kau nak balik kampung, benda paling malas nak buat adalah packing baju, ok, sekarang kau sudah boleh duduk sambil tengok tv rokok sebatang, tahu tahu baju dah siap packing, kau cuma jadi tukang angkat sahaja,

Kalau dulu, baju kau hantar dobi, sekarang lain, kau tolong dia basuh baju sama-sama dekat rumah sambil-sambil bermesra bermain sabun bersama-sama, sambil menyelam minum-lah air,Mmm..

Kalau dulu kau tidur bertemankan kucing kesayangan kau, sekarang ada orang disebelah memeluk kau hingga pagi sambil tangan merayap-merayap mengurut badan kau, urut dan uruttt..Mmm..

Kalau dulu kau makan di kedai, sekarang ada orang yang akan hidangkan kau makan di rumah sambil duduk di atas riba kau dan menyuapkan nasi ke dalam mulut kau sambil mengoyang goyang kan badan.

Kau tak rasa ini semua nikmat ke?

Ok kesimpulannya, jaga isteri dengan lebih baik dan sayanginya seperti dia seorang bidadari yang turun dari syurga.insyallah bahagia.

No comments: