VSCO

VSCO Logo

March 15, 2013

Aku, Isteri & Si Comel

Aku, Isteri dan Makhluk Allah di dalam perut,

Sedar tidak sedar, aku di anugerahkan berita paling gembira dalam kehidupan aku dan isteri, cuba kau bayangkan manusia usia semuda aku yang bakal menjadi bapa, mungkin nilai kematangan aku terlalu jauh tertinggal, tetapi siapa yang tahu, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu"

Bersyukur, aku sangat bersyukur, sangat kegembiraan tidak terkata, si isteri juga melayari perasaan yang sama, Alhamdulillah sekrang kandungan sudah hampir berusia 5 minggu, bermakna proses-proses membikin jantung si budak kecil yang comel dalam perut tu sedang berlaku, dan aku berharap proses-proses selepas ini semuanya berjalan dengan lancar.

Doa kan kami mengharungi bahtera nan indah ini dengan kebahagian, doa kan semoga kami kuat menempuhi segala dugaan, insyallah

Alhamdulillah
Sat March 16 2013

*aku sudah mula fikir adakah ia permpuan atau lelaki =')