VSCO

VSCO Logo

March 27, 2013

Sintom Normal Kehamilan

Alhamdulillah syukur, 

Antara yang aku akan update tentang hal kehamilan isteri aku tiap minggu, biasa orang perempuan yang lebih suka meng-expose-kan perihal wanita ini, tapi dalam keadaan aku sekarang ni, lain, memang tottaly lain,

Minggu ini sudah hampir 6 minggu nak ke 7 minggu usia kandungan, rawatan atau check up susulan pada 20 april, dan mungkin masa tu kalau dapat scanning mungkin akan ada rupa bentuk yang boleh di lihat,

Setakat ini, antara sintom normal yang bini aku lalui adalah keletihan, kepenatan walaupun tidak berbuat apa-apa kerja, kerap ke toilet, dan yang paling latest , Stuffy nose, bila aku baca di Babycenter, itu antara pregnancy side effect yang akan dilalui 20-30% wanita di dunia ini,Bermakna, tidak ramai yang akan melalui sintom ini, beruntungnya aku, bini aku kurang rasa mual atau muntah, buat masa ini, aku tak tahu akan datang, 

Sintom-sintom yang akan mendatang dan muncul bila-bila masa sahaja bermula dari sekarang, aku lebih banyak membaca untuk menambah pengetahuan, kaji selidik aku lebih mendalam dalam perihal wanita ini dari aku mengkaji diri aku sendiri, kahkahkah..

anak pertama, biasalah..1st time experience yang paling-paling aku teruja,

1245am
Thursday, March 28 2013
Wanjah ali