Semalam saya ke Majlis Tayangan Perdana Filem Bikers Kental arahan Helmi Yusof seorang pengarah baru. Secara jujurnya, anda perlu pergi menonton filem ini, saya pasti anda tidak akan berasa rugi,
Adengan-adengan menarik dan sudah pasti membuat anda tidak kering gusi bergelak ketawa sepanjang durasi filem ditayangkan, sebuah filem yang dari awal hingga akhirnya penuh dengan watak yang padat, info yang melekat, cara intonasi bercakap mereka yang ketat, membuat anda ketawa sehingga akhir filem ini.Pelakon-pelakon yang hebat seperti Zizan Raja Lawak, Awie, memainkan peranan penting dalam memainkan watak mereka, disini saya selit sedikit sinopsis untuk filem ini yang bakal di tayangkan kepada umum di seluruh pawagam di Malaysia pada 23 Mei 2013,
Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi..
Itu sedikit ringkasan jalan ceritanya, saya boleh kategorikan cerita ini sebagai ksiah seorang yang mengembara secara berkumpulan menaiki motosikal berkuasa tinggi, anda pasti tidak akan rasa menyesal, bagi rempit-rempit sejati, anda boleh menonton filem ini untuk terus motivate diri anda , memasang niat, berusaha keras untuk suatu hari nanti dapat menggunakan motosikal berkuasa tinggi,secara tidak lansung.
Director
Helmi Yusof
Casts
Zizan Razak ( Raja Lawak), Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Pornwipa Watcharakaroon, Julangtip Sukkasem, Amerul Affendi, Sufia Mohamed
Director
Helmi Yusof
Casts
Zizan Razak ( Raja Lawak), Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Pornwipa Watcharakaroon, Julangtip Sukkasem, Amerul Affendi, Sufia Mohamed
rating :3.5/5
gambar semua guna phone camera je, aku lupa bawak camera..damn!
No comments:
Post a Comment