VSCO

VSCO Logo

May 02, 2013

FPP Untuk Ibu Mengandung Di Hospital Putrajaya

Hari ni, mungkin hari yang hectic untuk aku dan isteri, kami bergerak seawal pukul 8 pagi, untuk tujuan buat pranatal check up, ini pengalaman pertama, anak pertama, dan juga cubaan pertama mencuba keberkesanan FPP dari hospital kerajaan dan pulang ke rumah lebih kurang jam 5 petang.

Baiklah, sebelum tu aku nak terangkan sedikit tentang FPP ni, FPP bermaksud Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) yang diperkenalkan oleh Hospital Putrajaya, rawatan ini merupakan rawatan ala-ala di private hospital, tetapi ianya terhad, semua pesakit yang menggunakan perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran yang berpatutan dan juga prosedur yang di jalankan oleh pakar-pakar perubatan pilihan pesakit sahaja, tapi setakat ini, antara testimonial yang aku dengar, ianya murah kalau nak di bandingkan dengan Hospital Swasta, dan ianya bukan hanya untuk ibu mengandung sahaja, ada juga rawatan lain, lebih mudah kalau nak tau lebih lanjut, sila ke Hospital Putrajaya, di sana ada pamplet di sediakan, dan kalau nak lebih faham, sila tanya di kaunter pertanyaan,

Ok, berbalik kepada pengalaman aku hari ni, walaupun aku telah membuat pembaziran minyak kereta yang banyak hari ini, tapi aku berpuas hati pada sesetengah layanan yang diberikan,

Antara prosedur-prosedur yang kau perlu lalui bila isteri kau mengandung sebelum terjadinya hal seperti aku yang ditendang ke sana dan sini, lebih baik kau buat yang ini dulu untuk memudahkan perjalanan kau,;-


1. Make sure kau sudah mendaftar dan mendapatkan rawatan, seperti scan baby, check darah, air kencing sama ada positive mengandung atau tidak, Ingat, daftar di klinik-klinik kesihatan yang berhampiran dengan tempat tinggal, sebabnya ini adalah prosedur.
 2. Kau akan dapat Kad/Buku berwarna Merah Jambu, dan kau perlu isi maklumat dengan lengkapnya, bayaran di kenakan RM1
 3.Setelah selesai semua rawatan, kau boleh terus pergi ke hospital putrajaya, sampai disana, kau terus ke kaunter pertanyaan dan bagi tahu yang kau ingin membuat FPP, nanti dia akan terangkan prosedur-prosedur yang sepatut kau buat,
  4. Kau akan di minta untuk ke kaunter O&G, di situ kau akan di beri pilihan 3 doktor untuk kau pilih, biasanya doktor Hamidah yang orang akan pilih sebab dia perempuan, tapi dia akan ambil selalunya menurut kata nurse disitu, orang yang mengandung anak kedua sahaja, 
5. Selesai memilih doktor, kau akan di beri tarikh appoinment untuk rawatan lanjut, 
Ingat prosedur ini, insyallah semuanya akan menjadi lebih mudah, Ingat!, kadang-kadang kau akan menjadi kurang jelas dengan penjelasan staff-staff di situ disebabkan mereka terlalu sibuk melayan kerenah-kerenah pesakit, tapi so far so good, aku faham situasi itu, 

Disebabkan aku kurang faham dengan penjelasan mereka, maka aku menjadi huru hara dan melalui banyak prosedur hari ni, ke hulu ke hilir ke seremban dan patah balik ke putrajaya, dan rawatan susulan isteri aku, aku harus terus rujuk kepada klinik kesihatan di area Seri kembangan, maka dengan itu lah aku di jadikan seperti bola di tendang mengikut kesukaan hati mereka, disebabkan hanya salah faham!!

Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan jayanya.

*rawatan pranatal susulan akan aku update, dengan cost-cost yang dikenakan sekali untuk panduan kau kau dan kau.haha!

No comments: