VSCO

VSCO Logo

July 17, 2013

Hebat Debat Dengan Fakta

Seperti semua sedia maklum, bahawa pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang yakin dengan diri mereka sewaktu berhujah, berbahas, mahupun berucap. Tidak di nafikan ada sesetengah pemimpin di Malaysia mempunyai sifat ini.

Antaranya, adalah Rafizi Ramli, tidak di nafikan beliau sungguh hebat dalam berhujah, dan hujah-hujah beliau sangat realistik dan mempunyai fakta, hebat bermain dengan angka, hebat bermain dengan statistik dan sebagainya.Namun begitu, ada juga tembakkannya tepat dan ada juga tidak mengena kerana mungkin ada benda-benda yang beliau terlepas pandang, ini biasa.

Mungkin beliau mempunyai sumber-sumber dalaman, yang menimbulkan persoalan adalah, dari mana sumber-sumber beliau perolehi?Dari siapa?

Dalam amatan saya, mungkin ini boleh di kategorikan sebagai kerajaan mempunyai "musuh dalam selimut", iaitu, orang-orang kerajaan yang tidak menyebelahi pihak kerajaan, dan mungkin orang-orang BN/UMNO yang tidak diendah di dalam parti, kerana musuh dalam selimut ini berada di mana-mana.

Oleh itu, saya sarankan, bahawa kerajaan perlu lebih berhati-hati, jika tidak mahu sesuatu isu di manipulasi dan mungkin akan terkena jerat sendiri, titik beratkan soal dalaman parti,

 Tun M pernah berkata, "UMNO tidak akan runtuh jika melawan pihak asing/luar, tetapi UMNO akan runtuh jika perpecahan dalam parti berlaku"






No comments: