VSCO

VSCO Logo

July 14, 2013

Perginya Seorang Pahlawan

Latar Belakang Kepimpinan

Pemimpin yang dikenali dengan ketokohan dan kepimpinannya, kredibiliti dan dedikasinya dan juga komited atas tugasnya, itulah Abu Zahar Isnin yang sering merendah diri dan tidak terlalu menonjol dalam arena politik, kerana dalam dirinya hanya untuk berjuang terhadap anak bangsanya, bukan mengejar populariti. Anak-anak muda saya pasti, mereka kurang mengenali tokoh yang amat di kagumi ini.

Kematangan berpolitik membawa beliau di lantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1997, pucuk pimpinan di peringkat nasional tidak ada kekangan dan keraguan untuk melantik beliau menerajui pimpinan negeri Melaka.Kewibawaannya sebagai seorang ketua tidak pernah di pertikaikan, hanya berbekalkan perkhidmatan beliau yang amat cemerlang dalam kerajaan, membawa beliau sehingga menjadi KM Melaka,

Pada waktu itu pelbagai reaksi dari kawan atau pun pihak lawan, perlantikan beliau sebagai KM Melaka diterima baik, memang sifat kempimpinannya amat disegani pihak lawan, dan beliau menjalankan amanah itu dengan penuh taat dan setia, dan juga bebas rasuah. Beliau memikul tanggunjawab atas dasar pengalaman beliau semasa menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri dan juga anggota Exco kerajaan negeri. Ketika itu pemimpin PAS negeri Melaka, Salleh Yusof juga berkata, perlantikan beliau merupakan pilihan yang tepat di atas pengalaman menjadi guru sejak tahun 1960an dan akan dapat membantu mentadbir negeri dengan penuh bijaksana.

Sebelum memulakan kerjayanya menjadi seorang pendidik, belaiu telah menuntut di sebuah maktab perguruan, Kota Bharu Training College(KBTC) dari Januari 1957 hingga Disember 1957, setelah itu beliau terus melanjutkan latihannya di Maktab Perguruan Bahasa di Bukit Senyum, Johor Bharu, Kemudianya beliau menymabung pendidikannya di Maktab Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang lebih terkenal dengan nama Language Institute hingga November 1959.

Setelah berada dalam profession perguruan, Ketokohan beliau sebagai pemimpin semakin terselah di peringkat sekolah, daerah , dan juga negeri menjadikan beliau dilantik sebagai Persuruhjaya Pengakap Daerah Jasin, Beliau memegang jawatan itu dari tahun 1967 hingga 1970 dan seterusnya beliau di lantik menjadi Persuruhjaya Pengakap Peringkat Negeri Melaka.

Sumbangannya kepada negeri berterusan sehingga beliau menubuhkan Badan Kebajikan Pemuda Pemudi Merlimau bersama rakan-rakannya di Merlimau, Pada waktu itu belum ada lagi badan-badan belia seperti Belia MAYC atau Belia 4B, beliau berjaya mengabungjan tenaga-tenaga pemuda di Merlimau di bawah badan kebajikan tersebut yang berpusat di rumah UMNO Merlimau.

Beliau juga aktif dalam pementasan teater pada masa itu, di mana beliau memainkan peranan memegang watak-watak penting dalam lakonannya seperti Drama Nyawa Di Hujung Pedang, Anak Derhaka, Hang Tuah, Hang Jebat, dan Laksamana Bentan, di mana bakat ini saya lihat di warisi oleh anak bongsu beliau, Dira Abu Zahar.

Dikalangan guru beliau cukup terkenal dengan perwatakan yang suka berjenaka, bergurau senda dan sentiasa riang gembira, walaupun beliau seorang yang tegas dan nampak garang, beliau tetap disenangi ramai, Kepimpinan beliau nampak ketara apabila berada di High School Melaka lagi, beliau dilantik menjadi ketua "Dorm" ketika duduk di asrama, beliau satu-satunya anak melayu yang diberi kepercayaan pada waktu itu, 



Keluarga

Abu Zahar mendirikan rumahtangga seawal usia 25 tahun dengan Khalijah Bt Mohd Jiddi, yang ketika itu berusia 17 tahun, dan diijabkabulkan di rumah bapa mertuanya di Kg Rim Jasin pada 9 Ogos 1964, Hasil perkahwinannya beliau di kurniakan 6 orang anak, 5 perempuan 1 lelaki, dan 21 orang cucu.

Saya masih ingat, beliau sering membawa kami cucu-cucunya pergi bersiar-siar ke tempat-tempat reakrasi setiap hujung minggu atau hari "off day" beliau, beliau sangat penyayang,

Salah satu hobinya adalah membela burung, beliau suka mendengar siulan dan kicauan sehingga membina sebuah mini zoo di rumah kediamanya, 

Terlalu banyak kenangan kami bersamanya, yang mana kenangan ini tidak dapat dilupuskan, kenangan ini akan tetap kami simpan lumat dalam hati,

Pemergiannya

Pada tanggal 12 Julai 2013, hari Jumaat jam 5:50 petang, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan kami anak-anak dan cucunya, dan pulan ke rahmatullah, dan jenazah beliau selamat di kebumikan di Makam Pahlawan yang terletak di dalam perkarangan Masjid Al Azim negeri Melaka.

Bulan Ramadan beliau pergi, bulan yang penuh erti dalam kalendar Islam, bulan yang mulia bagi umat Islam, bulan di mana syaitan-syaitan di kurung, 

Sedikit picisan pengorbanan dan jasa beliau terhadap anak bangsa dan keluarganya yang saya sebagai cucu boleh tuliskan, jika boleh saya letakkan semua jasanya, tidak cukup untuk 300ms buku, kerana terlalu banyak, terlalu luas, ini hanya segelintir sahaja yang saya dapat dan ingat ketika membaca serba sedikit di perpustakaan mini beliau dahulu, dan serba sedikit adalah pengalaman cerita beliau kepada saya,

Beliau seorang yang suka berkongsi cerita-cerita lama tentang perjuangan, yang saya pasti tidak semua orang akan tahu, saya sering menjadikannya idola ketika menulis sebarang bentuk penulisan, terutamanya dalam bentuk politik,

Pemergiannya akan tetap di kenang, memori yang telah saya letak sebagai "protected file" yang tidak boleh di-delete sesuka hati.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Seri Hj. Abu Zahar bin Hj. Isnin

Al-Fatihah..






No comments: