Zaman tahun 2013, kita berada pada arus kemodenan yang bermacam-macam segi, dalam industri seni muzik juga berlaku impak-impak perubahan yang semakin hari semakin pelik, bunyi-bunyi baru yang dari analog sehinggalah elektronik, pasti kita generasi kini dapat merasa.
Kalau dulu melodi-melodi indah menjadi peranan dalam muzik, zaman ini lebih ke arah eksperimentasi bunyi, namun begitu penulisan saya kali ini hanya untuk memberi tumpuan pada lagu-lagu raya evergreen, dari zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan seterusnya zaman ini, kita di lambakkan dengan pemuzik-pemuzik berbakat luar biasa.
Memang benar, masyarakat tamadun kita lebih gemar mendengar lagu-lagu raya lama, lagu yang lebih menyentuh pada naluri jiwa, seakan-akan memang sudah melekat dalam akal, bila dengar Aman Shah "kepulangan yang dinanti" terus merasa bahawa syawal bakal tiba, muzik-muzik tipikal seperti Dj Dave, M Nasir, Saloma, P Ramlee, Ahmad Jais, Sudirman dan beberapa artis-artis lama, lagu-lagu mereka tidak lekang bila raya bakal tiba, sedangkan lagu-lagu raya generasi kini dilambakkan di depan mata namun yang lama masih di hati.Tidak di nafikan memang sentuhan orang lama akan kekal, ibarat kita tidak dapat mengajar generasi sekarang untuk menerima lagu raya generasi baru.
Permasalahan ini akan terus terjadi oleh kerana lagu raya lama ada sentimental value nya, kenangan-kenangan memori, jika kita perasan, raya di masa dahulu lebih meriah jika hendak dibandingkan dengan zaman sekarang, itu realiti apabila kemodenan semakin menutup litup suasana raya dahulu, jika dulu sibuk dengan meriam tanah, mercun, bunga api dan sebagainya, kini era bermain mercun sudah berlalu, anak-anak muda lebih gemar lepak, minum teh, dan sering sahaja di lihat bersama gadjet-gadjet moden masing-masing tidak lekang dari jari jemari, itu pengalaman saya sendiri yang pernah berada pada kedua-dua zaman ini.
Namun begitu, memang benar tiada yang lama tiadalah yang baru, susulan itu tiada juga alasan untuk kita masyarakat majmuk tidak menerima idealisme muda mudi yang lebih segar, sudah tentu yang lama tidak perlu kita tinggalkan, yang baru kita juga perlu sambut dengan hati dan tangan terbuka, bebaskan minda kita untuk terus menerima sesuatu benda baru yang di bawa era ini.wujudnya band-band seperti Bittersweet-Next Aidilfitri, Hujan feat Raihan-Salam Aidilfitri, bakal membawa satu bentuk fenomena hari raya moden di masa akan datang, mungkin lagu-lagu ini juga akan menjadi lagu "evergreen" kesukaan bakal anak cucu kita.
Jadi, untuk generasi muda tidak kira band mahupun penyayi single, teruskan berkarya mencari halusinasi lagu raya yang bakal tersemat terus di hati generasi akan datang, jangan mudah putus asa, mana lah tahu lagu anda juga bakal menjadi lagu "evergreen" dan boleh di terima dan dapat merasai suasana raya seperti dulu kala.

No comments:
Post a Comment