VSCO

VSCO Logo

October 21, 2013

Pemilihan Umno 2013


Banyak ragam, banyak manipulasi pelbagai pihak, banyak juga detik sejarahnya, bagi saya transformasi UMNO yang sering dilaungkan mungkin tidak berapa menjadi pada pemilihan UMNO pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada tahun ini, ada calon yang berhak tapi gagal, ada calon yang sangat kontroversi tapi menang, itulah ragam.

Ironinya PAU kali ini, terdapat pelbagai spekulasi, pelbagai anggaran dari semua pihak yang mana rata-rata bukanlah ahli Umno, termasuklah saya sebagai pemerhati dari luar, namun masih berminat dengan cara umno dari dulu, akan tetapi lebih banyak merepek pada waktu sekarang.

Yang paling menjadi tumpuan pada saya adalah pada pemilihan naib presiden, nak bercerita tentang jawatan presiden dan naib presiden, jawatan itu tidak ada perwakilan atau ahli yang berani mahu mencabar, mungkin atas sifat menghormati pucuk pimpinan, tetapi bagi saya  ahli sebegini adalah seorang yang bacul dan pengecut, semua penyandang kekal! Bagaimana mahu buat transformasi kalau dari pucuk pimpinan sendiri pun saya tidak nampak parti ini adalah sebuah parti demokrasi, lebih baik tidak usah membuat pembaziran wang untuk membuat pemilihan.itu pendapat saya,

Jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan menjadi tumpuan ramai, rata-rata membuat andaian dan membuat pilihan, calon yang paling berwibawa ialah Datuk Mukhriz Mahathir, semua meletakkan harapan yang tinggi pada calon ini untuk menang, namun begitu calon ini tetap tewas ditangan 3 calon yang mempertahankan jawatan, bagi saya proses demokrasi dalam UMNO ada sedikit korup, malahan ada sumber yang mengatakan memang perwakilan sudah diberitahu bahawa kekalkan calon yang ada, nampak gaya calon yang boleh dikatakan membawa transformasi pada UMNO sudah tewas lebih awal.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga diberi tamparan hebat apabila tiada satu pun bahagian di negeri kesayangannya Melaka memberi undi kepadanya, hanya bahagian Bukit Katil sahaja itupun disebabkan beliau ketua bahagian disana, bagi saya ada sesuatu yang tidak kena pada pemilihan kali ini, bagai semua sudah diatur oleh pucuk pimpinan, kemana perginya semangat setiakawan setiap ahli, adakah ini boleh dikategorikan sebagai “kawan makan kawan”? Bagaimana Presiden boleh melaungkan “berjuang secara jujur,ikhlas”?

Dalam Umno tiada konsep berjuang secara jujur dan ikhlas, saya beranggapan berjuang dalam Umno adalah semata-mata kerana darjat dan pangkat, tiada kejujuran dan tiada keikhlasan, masing-masing mahu menjaga periuk nasi sendiri, masing-masing mahu menjaga reputasi sendiri. Perjuangan Umno dulu tidak sama seperti sekarang, kerana dahulu berjuang untuk bangsa dan agama tetapi kini berjuang untuk diri sendiri “hidup senang”, walaupun tidak semua orang Umno sebegitu akan tetapi majoritinya adalah kearah sedemikian.
Memang sudah jadi kewajipan dan tradisi dalam Umno bahawa parti ini tidak membawa konsep demokrasi yang sebenar, ahli perwakilan masih lagi boleh dipermainkan dan diarah mengikut kehendak pihak atasan bagai “lembu dicucuk hidung”, ini saya sifatkan sebagai pengecut dan tidak berpendirian. Kita tidak akan jumpa wakil-wakil Umno seperti Tun Mahathir yang lantang dan berani menegur ketuanya.Tiada ahli Umno yang berani lawan apabila tidak sependapat, saya masih ketagihkan pemimpin seperti ini di dalam Umno.


Jika keadaan ini berterusan di dalam Umno, maka pada PRU akan datang Umno akan terus menyembah bumi. Kekuatan Umno bakal dihunus oleh pihak luar, dan Umno pada ketika itu akan jadi parti pembangkang di Negara yang mereka juangkan dari penjajah dahulu. Bagi saya, memang perjuangan Umno masih belum selesai, bukan hanya perjuangan untuk bangsa agama dan Negara, akan tetapi, perjuangan membersihkan parti, sampai bila parti ini dibelenggu kekotoran yang sinis dan hina, maka ahli akan semakin lama semakin berkurang, bukan semakin lama semakin bertambah, percayalah!

No comments: