VSCO

VSCO Logo

December 14, 2013

Langkah Semakin Panjang

Aku masih ingat, macam-macam orang gelar aku,

Aku masih ingat ada juga yang menghina,

Aku relax, aku tenangkan jiwa, aku buat apa aku suka, aku buat apa aku mahu. Aku tak peduli, aku terus jalan, macam-macam lorong sudah aku masuk, macam-macam jenis orang sudah aku jumpa, yang menipu, yang membohong, yang sesat barat, semua sudah aku jumpa.

Hari ini, aku sudah berada pada landasan yang pernah aku bayangkan dahulu, aku akan terus dengan jalan aku, mungkin dulu aku degil dan sekarang aku lebih terurus dan teratur, aku pijak pada bumi yang nyata.

Bila ingat kisah-kisah ironi dahulu, aku jadi lebih bersemangat walaupun aku sedar umur semakin singkat.



No comments: