VSCO

VSCO Logo

January 31, 2017

Minyak Dan Trump

Harga minyak naik , 20sen.

Kita masih mampu tersenyum , hanya senyuman sinis sambil menaikan sebelah pipi , walhal dalam hati rasa gundah gulana kerana perbelanjaan bulanan akan sedikit terganggu , benda yang dirancang bakal di-reject secara suka ria.

Niat mahu bercuti luar dari kota , sudah mula fikir tentang perihal tol dan petrol , cut budget sana sini atau mungkin percutian bakal di-cancel sekali lagi. Kesian anak-anak (walaupun yang seorang baru berumur 3 tahun dan seorang lagi 1 tahun) , bagi anak yang berumur 3 tahun ni dia sudah mula faham tentang apa yang di janjikan kepadanya. terpaksa janji di capatikan kah? atau meredah sahaja mengikut budget yang ada, budak-budak ni bila dengar mahu membawanya ke Taman Tema Thomas and Friends di "negara" JB, perasaan excited nya sudah tentu lain macam.

Apa-apapun bergantung pada budget.

Terima Kasihlah kepada kerajaan yang perihatin.

__________________________________________________________

Trump ,

Al-kisahnya baru-baru ni Trump telah mengumumkan berkenaan 7 negara islam yang di ban untuk memasuki US, (Trump's travel ban)

Kita tidak perlu risau , bukan sesuatu yang penting untuk kita hiraukan bagi aku , yang patut kita hiraukan dan gusarkan adalah sebuah negara Islam yang sedang kita diami ini yang semakin berleluasa nya rasuah dan korupsi , serta tahap integriti pemerintah yang semakin ke arah membimbangkan.

Kesimpulannya, jangan gusar tentang negara luar , kerana itu hak mereka , risaukan lah tentang tanah air kita yang tercinta ini.

Sekian.

No comments: