VSCO

VSCO Logo

January 14, 2013

Keperluan vs Pendapatan

Orang bekerja untuk mendapatkan hasil, iaitu wang; tak kira kau jurutera, kau doktor, kau penulis skrip, kau pelakon, kau pereka grafik, kau lawyer, kau pencacai, semua tentang duit, malah kau perompak pun perlu bekerja memikirkan strategi-strategi nak merompak dan itu boleh di ketegorikan kerja yang tak ada otak,

Tapi tak kisah lah, sebab hak masing-masing,  kau yang pilih jalan kau,

Yang aku nak tekan-kan yang tak berapa nk tertekan, pendapatn kau dengan keperluan kau, aku tulis atas dasar experience aku, atas dasar apa yang aku sedang alami,

Dunia globalisasi pun semua orang dah tau, makin lama makin menjadi-jadi dari segi harga barangan dan sebagainya, tapi pergerakan itu tidak seiring dengan pendapatan, kau rasa dengan gaji 2000 kau boleh hidup ke dekat kota megah yang penuh lumpur onak dan duri ni, Boleh! Ya jawapan aku boleh, tapi kau duduk rumah diam-diam, jangan harap kau nak merasa baju baru tiap-tiap bulan, jangan harap kau nak makan tony romas tiap bulan, kau diam je dekat rumah.itu boleh!!

Macam yang aku cakap, aku sedang alami benda ni, sampaikan bakal bini aku tanya, "nak honeymoon kat mana ni ek" , aku terpaksa diam, sambil melihat dia dengan rasa excited meng-google tempat-tempat menarik, aku kesian, aku rasa bersalah, tak terdaya,terus rasa jatuh kebawah.tapi dia faham situasi aku dan kami akan berusaha kearah itu, tapi jauh dalam lubuk hati aku, aku teringin bawa dia berjalan jauh dari sini.tunggu masa yang sesuai je ni (duit cukup boleh lah), aku nak dengan hasil titik peluh aku sendiri tanpa bantuan dari dia, itu je.

Tapi dalam keadaan kucar kacir poket aku ni, aku tak dapat fikir sejauh itu, aku hanya lebih menumpukan majlis perkahwinan aku berjalan dengan lancar, insyallah

Bila pendapatan pun susah nak memenuhi keperluan ini kan pula nak memenuhi kehendak, damn!

*syg tunggu ya saya bawak kamu jalan-jalan bila kita ada rezeki lebih" Insyallah..

No comments: