Bila berbicara tentang korupsi, for sure kau fikir UMNO, ok, itu untuk mentaliti yang jauh tertinggal atau pun kau dah memang taksub , ibarat dalam hidup kau yang buruk tu semua UMNO, yang gagal tu semua UMNO; kau je lah yang bagus sebenarnya-kan, ok tak pe, biarkan semua, hak masing masing,
Lebih senang, kalau kita ikut dalam konteks korupsi ni, dia akan berlaku dekat mana-mana sahaja, tak kira tempat, kalau kau bekerja mungkin dalam office kau sendiri ada unsur ini dan mungkin engkau sendiri yang mengamalkan benda ni, selain tu, masa kau belajar atau kau masih student, tak kira lah kau dekat mana-mana pun sebenarnya, tak kira kau bangsa apa pun.
Korupsi akan jadi bila antara dua individu bersekongkol (kadang kadang lebih) , berdua lebih baik lah senang cerita, bila dua-dua comolot, sebontot, selesa berpeluk peluk, dekat situ mula timbul perasaan, perasaan konon kau true friend dia lah, konon kau back up dia, dia back up kau, konon kau sedondon dalam bidang kau,
Aku paling tak berkenan, bila kau buat benda jadi bagus, tapi hakikatnya kau tu sebenarnya pencacai, kau buat lah apa pun, takkan ada orang ambil tau, di sebab kan dalang dalang korupsi ni, kau rasa jiwa kau seksa, pendam, simpan semua benda yang kau nampak depan biji mata kau,
Paling akhir sekali, benda ni kau jangan berharap akan ada akhirnya, benda akan berakhir bila orang yang mengamalkan korupsi ni mampos di jilat api neraka jahanam, dekat situ tuhan akhir kan apa yang belum berakhir.
So kau buat relax, kau duduk buat kerja kau, jalan kan tanggunjawab kau sejujur-nya..
*Aku tulis dalam keadaan penuh emosi*

No comments:
Post a Comment