Rata-rata semuanya termasuklah ahli politik, penyokong tegar, mahu pun pengundi atas pagar, masing-masing sibuk mengkaji, membaca, mendengar, dan melihat.
Kewujudan situasi sebigini hanya akan berlaku 4 ke 5 tahun sekali, perasaan berdebar serta seronok ibarat ini satu perayaan bagi rakyat biasa seperti aku, Namun begitu, tanggungjawab sebagai pengundi perlu dititik beratkan kerana , orang yang kau pilih itu lah bakal menerajui tempat bermastautin kau nanti.
Walaupun kau penyokong parti itu dan ini, tidak mengapa, kerana itu sudah lumrah kehidupan manusia sejagat, pilih yang mana kau suka, negara kita masih liberal, masih boleh bercakap lantang, tak perlu takot, tapi berhati-hati dan jangan terperanjat jika ada yang datang untuk menyaman kau, seperti sedia maklum budaya saman menyaman semakin berleluasa di negara kita ini.
Bagi aku, berkempen itu tidak salah, sama ada dengan cara lahiriah seperti pergi ke kawasan-kawasan pedalaman terpencil atau bandar-bandar pekan-pekan memberi ceramah, atau dengan medium internet seperti media sosial, blog, dan sebagainya. Di sini aku ingin sentuh sedikit tentang medium internet, dimana rata-ratanya sibuk berkempen menimbulkan pelbagai isu itu dan isu ini, sehinggakan luar dalam cerita orang semuanya akan keluar, seperti semua orang tahu medium internet ini medium yang paling tidak dapat dibendung dan disekat,
Dengan adanya golongan-golongan fanatik ini, maka timeline FB, Twitter kau dihiasi dengan ceramah-ceramah online, dihiasi dengan kata-kata kesat, dihiasi dengan kata-kata sindir, dan sebagainya. Bagi aku itu perkara normal yang sangat minimal.
Dalam keadaan timeline kau sibuk dengan perkara-perkara ini, wujud-lah golongan yang di kategorikan "tak masuk campur hal politik", "tak peduli siapa perintah" , "politik ni bodoh" , Golongan inilah yang bakal buat negara kau lingkup sepenuhnya, golongan yang konon-nya cool tak nak ambil tahu hal politik, golongan yang urban kononnya politik ini semua sampah.Golongan ini lah yang patut ditolak sepenuhnya!
Apa yang penting sekarang,untuk golongan yang amibil tahu pasal politik ini, kau undi dan kau pilihlah calon yang kau rasa boleh bekerja untuk kau dan maju kehadapan memikul tanggunjawab amanah yang diberikan.
No comments:
Post a Comment