Dakwat kekal atau di kenali sebagai Election Ink atau Electoral stain, adalah sejenis dakwat yang akan kekal selama lebih kurang 7 hari, kebiasaan dakwat ini digunakan pada hari mengundi bertujuan untuk mengelakkan penipuan, seperti, melarang seorang individu mengundi lebih dari sekali.
Pihak fatwa kebangsaan telah mengesahkan bahawa penggunaan dakwat kekal ini adalah harus, dan ianya tidak mengandungi najis atau bahan-bahan terlarang atau haram disisi agama islam dan tidak menghalang air dari terkena kulit untuk berwuduk bagi yang beragama Islam, Jadi hukumnya harus.
Penggunaan dakwat kekal (Election Ink) ini adalah satu alternatif sesebuah negara itu untuk membasmi kejadian menipu sewaktu mengundi, bagaimanapun, bukan semua negara yang menggunakan sistem dakwat kekal ini,
Di Malaysia, sistem ini pernah di perkenalkan pada pilihanraya umum ke-12 iaitu pada tahun 2008, namun begitu sistem ini dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, antara sebabnya ialah terdapat dakwat yang diseludup dari Thailand, jadi penggunaannya tidak relevan pada waktu itu,
Pada tahun 2013 ini, pilihanraya yang ke-13 bakal berlansung pada bila-bila masa sahaja, walaupun parlimen masih tidak dibubarkan lagi, tapi sudah pasti akan berlaku pada April 2013 ini, yang sudah termaktub di dalam perlembangaan, Maka pihak suruhanjaya pilihanraya ingin meneruskan agenda menggunakan Sistem dakwat Kekal ini,
Namun begitu. langit itu tidak selalunya cerah, kerana ada tentangan-tentangan dari pihak-pihak yang mundur akal fikiran nya, ada pihak yang cuba mengekspoitasikan penggunaan sistem ini, laporan sila ke sini, antara petikan berkata:
"Menurut laman blog, The Unspinners (http://theunspinners.blogspot. com), pembangkang didakwa 'berselindung' di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu dan akan masuk ke taman-taman perumahan atau kampung untuk 'mengajar' kaum ibu tentang kaedah mencalit dakwat di jari"
Bagi aku, penggunaan dakwat kekal atau tidak, aku tetap mengundi, aku tak peduli, akan tetapinya, penggunaan sistem ini amat aku sokong,disebabkan negara-negara lain seperti afghanistan, sri lanka, indonesia, libya, lebanon dan sebagainya(sila rujuk wiki ini) telah lama mempraktikan sistem dakwat kekal ini,
Jadi Malaysia perlu menggunakan sistem ini dan kau kena ingat, selepas ini bahawa apabila kau besiap sedia untuk pergi mengundi, sila letak atau simpan tangan kau dalam poket sentiasa sebelum ada pihak yang tiba-tiba datang sebelah kau dan calit di pipi kau, kahkahkah.
Jadi Malaysia perlu menggunakan sistem ini dan kau kena ingat, selepas ini bahawa apabila kau besiap sedia untuk pergi mengundi, sila letak atau simpan tangan kau dalam poket sentiasa sebelum ada pihak yang tiba-tiba datang sebelah kau dan calit di pipi kau, kahkahkah.
No comments:
Post a Comment