VSCO

VSCO Logo

June 29, 2013

Bila Muzik Berpisah

Aku masih ingat, walaupun benda hanya baru lebih kurang 2 tahun lebih yang lepas, aku pernah busy, busy sebagai seorang pemain kugiran, setiap hari aku melepak di studio, setiap hari aku rasa hidup aku dipenuhi jadual muzikal, gagal, jatuh dan bangun dah jadi lumrah, dan akhirnya kecundang, walaupun aku rasa masih belum habis perjuangan aku,

Pernah aku terfikir, kenapa aku perlu buat benda yang sedikit sebanyak menghabiskan wang saku aku, buang masa, mengejar bintang di langit, menapak dari landasan kotor, meniti titian sehelai benang, yang tidak mungkin semua orang dapat buat, tapi itu hanya ilusi aku, aku buat kerana hati, aku tak peduli kata orang.pergi jahanam!

Tapi masa berubah, setiap yang wujud pasti akan berubah, pokok menjadi tua, daun menjadi kering, binatang menjadi pupus, begitu juga manusia, perubahan demi perubahan menghadapi dugaan, kegembiraan, itu satu lumrah!, aku tetap berdiri, aku tetap dengan diri aku, 

Dan..

Sekarang, aku sudah berkahwin, aku bakal jadi ayah, aku bakal menjadi pendidik, aku bakal menjadi tempat mengadu, aku punyai kehidupan, aku punyai kasih sayang, aku punyai isteri dan bakal anak dan aku harapkan hanya perasaan ini yang akan kekal abadi.

wanjah ali
4:16AM 
6 Jun 3013



No comments: