Seperti semua sedia maklum dengan isu di Mesir, Presiden Morsi di gulingkan, dengan beberapa demonstrasi jalanan oleh rakyatnya, dan tampuk pimpinan telah di ambil alih oleh pihak tentera.
Yang menjadi isu disini, aku berasa amat dukacitanya, rakyat Malaysia yang sibuk bertelagah antara satu sama lain, yang pasti adalah, pengikut-pegikut dan pentaksub politik atau lebih mudah kita panggil parti politik,
Tidak di nafikan bahawa, Morsi merupakan seorang pemimpin yang sangat berkaliber, berjiwa rakyat, dan pemimpin pertama yang menghafal Al-Quran, dan presiden pertama yang tidak tinggal di kediaman rasmi presiden dan hanya menyewa sebuah apartment untuk tempatnya bermastautin, beliau juga tidak menerima gaji sebagai seorang presiden, namun beliau hanya menerima gaji seperti rakyat biasa, dan ini terjadi juga pada Jose Mujica, presiden Uruguay, yang menderma hampir 90% gaji kepada badan-badan kebajikan, memang sikap pemimpin yang sebegini setiap negara itu mahu,
Membuat aku terpanggil untuk menulis berkenaan dengan isu ini, apabila ada segelintir yang mudah terasa dan mudah menyalah anggap tentang kenyataan DS Najib, sehinggakan ada yang mengeluarkan perkataan yang cukup menghina kepada DS Najib, ini salah, ini tidak betul, sebelum kita bercakap lebih, pastikan kita mengkaji apa yang DS Najib telah lakukan, dengan bantuan-bantuan yang diberikan kepada Morsi dahulu,
Malah Mohamed Morsi juga pernah meminta Najib untuk membantunya tentang isu di Palestin-Israel, dan Malaysia telah bekerjasama bersama Mesir untuk sama-sama membanteras isu di Palestin,
Masa-kan rakyat Malaysia boleh berkata Najib sekutu kuat US dan Israel? Sedangkan Najib sendiri pergi melawat ke Gaza, Cuba nyatakan mana-mana pemimpin pembangkang yang telah pergi ke Gaza?Melihat sendiri keadaan disana? jika ada pun, mereka semua telah di pecat dari parti masing-masing.
Jadi, rasional-kan pemikiran anda sebelum membuat sebarang isu atau spekulasi tentang orang yang kita tidak tahu hati budinya,
buang sikap Melayu yang hipokrit dan busuk hati tu dalam diri masing-masing.
*jika aku salah silalah tegur.


No comments:
Post a Comment