VSCO

VSCO Logo

June 14, 2013

Kesempitan Hidup Di Kota Lumpur

Aku bukan jenis orang berduit, aku bukan jenis orang yang nak apa semua boleh dapat, semua aku usaha, sampai aku dapat, selagi tak dapat selagi tu aku diam, kadang-kadang sedih, sebab selalunya ianya akan terkubur macam tu je,

Peringatan untuk orang yang mahu berkahwin, pastikan kehidupan kau stabil, dari segi kewangan, dan juga dari segi fizikalnya, dan juga dari segi pengetahuan kau tentang agama, aku lain, aku sejenis manusia yang selalu terlajak, kadang-kadang cuba untuk undur, tapi gagal,

Dari aku habis SPM sampai lah sekarang, aku sejenis yang suka buat keputusan tanpa berfikir, keputusan melulu, tapi kadang-kadang benda yang macam ini buat kau sedar, sebab experience yang kau dapat, pengajaran yang kau boleh ingatkan kepada orang-orang lain,

Kehidupan di Kota yang penuh dengan Lumpur dan Maksiat ni, jangan harap kau nak hidup senang lenang, melainkan kau manager, CEO, atau apa sahaja pangkat yang gajinya melebihi RM8000, macam aku, gaji yang macam air, bayar itu ini, kering balik, awal bulan pun sudah rasa paras hidung, belum lagi masuk pertengahan bulan, aku sudah merasa korek duit tabung, duit syiling seplastik aku bawak untuk tuang minyak, semua kehidupan hina aku dah rasa dan sedang merasa, tapi aku punya semangat tak pernah luntur, sebabnya, isteri, ya isteri, dia paling banyak support dan beri aku semangat,

walaupun kami hidup seperti kebiasaan, tidak mewah, makan kfc pun boleh lah sebulan sekali, apatah lagi aku nak bawak dia ke Tony Romas kan, memang payah nak beli baju pun kena berkira-kira, tapi boleh je, dengan semangat yang jitu dan rezeki dari Allah, insyallah, semuanya akan ok!! bak kata Awi Rafael,

Yang penting, cara kau manage duit kau, ingat, lelaki bila sudah berkahwin ni, tanggungjawab dia lain macam, duit memang kena cari sentiasa, kerja apa yang ada kau sapu je, penat tak penat itu belakang cerita, yang penting duit!!

Aku si lelaki sempit! 

No comments: