VSCO

VSCO Logo

June 10, 2013

Tentang Hidup Dan Impian

Kadang kita lihat, setiap manusia itu punyai satu impian, tidak kira, impiannya mudah atau tidak, semua manusia akan tetap lalui rutin yang sama, rutin yang membina atau rutin yang melingkupkan kehidupannya,

Realiti kita boleh lihat, kepentingan kehidupan yang saling melengkapi di antara satu sama lain, jiwa-jiwa muda yang makin dimamah usia, semakin matang dan ranum, antara sebabnya manusia itu terus berubah dari segi minda dan sebagainya,jika kita teliti setiap satu, ada mungkin perbezaannya antara satu,

Biarkan kita di mamah usia, biarkan kita ditelanjangkan bulat-bulat, hidup-hidup, biar takdir juga melangkaui kita, kehidupan itu tetap kehidupan, sempurna atau tidak itu belakang kira, yang pasti impian kita,

Impian demi impian sejak dari azali, impian tidak tercapai, impian yang sudah pun hanyut di telan arus moden, impian yang kita tidak pernah kecapi, tidak mengapa,

Terus, dan terus, jangan menyimpang terlalu banyak, jika tidak mahu impian itu musnah ditelan usia.

No comments: