VSCO

VSCO Logo

July 08, 2013

Bahayakah E-Cigarettes/Vapor?

E-Cig atau rokok elektronik pasti mempunyai kesan jangka panjang, sama seperti menghisap rokok tembakau, kedua-dua bahan ini jika di bandingkan, masing-masing mempunyai kesannya terhadap kesihatan.


Sudah menjadi isu panas tentang rokok elektronik ini di Malaysia, penggunaannya semakin meluas di sini, bagaikan satu impak atau trend kepada rakyat Malaysia, fenomena ini semakin menjadi-jadi, ada yang memberi alasan hanya untuk mengurangkan menghisap rokok tembakau, ada juga yang berpendapat E-cig ini tidak merbahaya, dan ada juga yang mahu mula "merasa-rasa" dan kebanyakannya dari golongan remaja, kerana e-cig ini lebih jimat dan tidak perlu mengeluarkan wang saku yang banyak jika dibandingkan dengan penghisap rokok tembakau, secara kesimpulannya, e-cig adalah rokok "save budget",

Namun begitu ahli sains dari University of Athens, Greece menerangkan;

        "Electronic cigarettes, also called e-cigarettes have also been marketed as effective smoking cessation devices."

bermakna, antara sebab musabab e-cig ini dicipta, adalah untuk membantu perokok tegar (tembakau) berhenti merokok.

Profesor Christina Gratziou telah membuat beberapa kajian terhadap 32 orang sukarelawan dimana 8 orang yang tidak merokok dan 24 orang adalah perokok tegar, dan selebihnya adalah pengidap asma atau COPD (chronic obstructive pulmonary disease), para sukarelawan diminta untuk merokok e-cig selama 10 minit, menghirup wap kedalam paru-paru mereka, ujian spirometri telah dibuat berserta beberapa prosedur diagnostik lain di gunakan untuk mengukur resistensi saluran nafas mereka, berikut beberapa penemuan;

  • Non-smokers- penggunaan e-cig selama 10 min meningkatkan resistensi saluran nafas mereka sehingga 206% dari 182%(mean average), ini di gambarkan sebagai "peningkatan yang signifikan"
  • Curently Regular Smokers- Ujian spirometri menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam saluran pernafasa 220% dari 176%
  • COPD dan Asma- tidak mengalami peningkatan yang signifikan dalam resitensi pernafasan mereka.
para saintis mengakui bahawa, kesan e-cig tidaklah sekronik penghisap tobacco, memang benar e-cig atau vapor ini kurang merbahaya dari tobacco, namun begitu, masih lagi kajian-kajian seterusnya akan terus dilakukan demi mencapai tahap kebenaran yang sahih tehadap kesan jangka panjang-nya, 

Bukan bermakna e-cig/vapor adalah baik untuk kesihatan, ianya juga mempunyai kesan-kesan sampingan, setakat ini, kajian telah membuktikan bahawa e-cig lebih "safety" dari rokok tembakau, dan masih ada juga saintis mengatakan e-cig juga boleh menyebakan kerosakan secara lansung, tetapi kajian-kajian masih dijalankan demi mengetahui kesan untuk jangka masa panjang.

Kesimpulannya, berhenti merokok secara perlahan-lahan lebih elok dari mencuba sesuatu benda yang baru kerana kedua-dua jenis rokok ini mempunyai kesan-kesan tersendiri.




No comments: