Sejak kebelakangan ini, jika diperhatikan, kebangkitan rakyat Malaysia
semakin mendapat tempat, persis, terdapat pelbagai konteks kebangkitan dari segi
jati diri dan sebagainya, disamping itu, ada juga yang tidak memperdulikan
hal-hal semasa dan sibuk dengan kerjaya masing-masing, terdapat berbagai-bagai
jenis golongan atau puak yang terdapat sepanjang pengamatan saya, justeru jika
dipecahkan terdapat pelbagai cerita dalam kumpulan-kumpulan ini;
1.Politik
Tidak kira dimana sahaja tempat, lokasi, terdapat berbagai aspek yang kita
boleh lihat, secara zahirnya politik di Malaysia mengalami satu revolusi,
revolusi yang membawa banyak perpecahan, jika di amati dengan teliti,
kebanyakkan rakyat hanya menunding jari, menyalahkan pihak-pihak tetrtentu,
berhujah seakan-akan dia berada dalam politik, ini mudah, kita boleh mengelarnya
sebagai politikus,
Politikus-politikus ini akan sentiasa cuba mencari kebenaran, walaupun
kebenaran memang sudah berada di depan mata, masih mencari dan ketelitian dalam
setiap aspek sehingga di jadikan satu manupulasi, mengelirukan antara satu dan
lain.
Mereka ini golongan yang masih sibuk berhujah di dunia maya, masih sibuk
menghasut, dari membuat kerja.sedangkan masih ramai masyarakat luar bandar
memerlukan bantuan dan pertolongan.
Mereka masih sibuk berpolitik.
2.Pekerjaan
Disini, jika dilihat dari sudut perspektif peluang pekerjaan, mempunyai
pelbagai cabang, cabang yang membolehkan seseorang itu terus menjadi manusia
yang sentiasa beribadah(jika dilihat dari konteks agama Islam),
Akan tetapi, masih ramai yang masih merungut tidak mendapat peluang
pekerjaan, sedangkan memang peluang berada di depan mata, mungkin ini satu
revolusi bahawa rakyat Malaysia masih mementingkan diri, hanya memilih mengikut
minat mereka,
Tidak salah, akan tetapimereka ini sentiasa merungut apabila
pendatang-pendatang asing memonopoli peluang pekerjaan di Malaysia, sedangkan
peluang-peluang itu adalah untuk rakyat yang sentiasa memilih bidang,
Secara amnya, mereka ini hanya tahu merungut dan sentiasa berasa tidak puas
hati dengan apa yang ada di hidangkan.
3.Agama dan Bangsa
Secara diam dan tidak disedari, rasis semakin menular di negara ini,
bangsa-bangsa yang dahulunya hanyalah menumpang dan kini diberi perhatian lebih,
di beri kerakyatan penuh, di beri kebebasan dan hak yang sama, semakin "naik
kepala", semakin menonjolkan tahap rasis mereka,
Jika dahulu mereka tunduk, sekarang mereka mendongak ke langit, sombong, saya
percaya, bukan semua, hanya segelintir sahaja, tapi jika tidak dibendung,
mungkin suatu hari nanti, Islam tidak mendapat tempat di negara ini, kerana
racun yang telah di gunakan sudah merebak ke akal fikiran orang Islam sendiri,
berpuak-puak, bergaduh sesama sendiri, memepertahankan ideologi
masing-masing,
Sungguhpun begitu, masih menjadi keutamaan kerajaan memdahului agama Islam
yang majoritinya bangsa Melayu,
___________
Tiga aspek di atas sudah cukup untuk kita lihat boleh memporak perandakan
kesejahteraan rakyat di Malaysia, revolusi yang patut ditentang, ini lah wajah
kita.

No comments:
Post a Comment