Semakin hari semakin sampai destinasi, destinasi yang tak pernah pun setiap
orang akan terfikir, iaitu tanggungjawab.
Setiap hari akan kita cuba eksplorasi setiap kejadian dan dugaan, kedaifan
dan kemewahan, semua akan kita lalui.
Tapi benda-benda yang aku sebut diatas bukan tajuk utama, tapi ini tentang
tanggunjawab, tanggungjawab kita terhadap keadaan sekeliling kita, naluri setiap
manusia, setiap individu tidak kira muda atau tua, semua punyai
tanggunjawab.
Pertama mungkin kita lupa, dari kehidupan dari kecil hingga besar, apa yang
kita ingat tentang situasi tangungjawab kita, dimana yang boleh dikatakan hampir
setiap hari kita lalui, mungkin tanggungjawab ibu kita, yang mereka perlu lalui,
sukar atau senang, sudah semestinya sukar, benda ini berlaku dari fasa ke fasa
yang lain, mungkin ramai yang tidak sedar.ya memang ramai yang tidak sedar.
Bila aku sudah bekeluarga, aku sedar, kesusahan, kepayahan, nak manage
finacial, nak manage hal hal rumah, nak manage hal berkaitan, ya ini satu
cabaran bagi manusia yang baru mula hidup, maksud aku manusia yang lahir dan
sejak azali melalui fasa sederhana, bukan yang sudah sedia kaya dan mewah.
Dewasa sentiasa memcemburui kita, aku sedar, aku punya tanggungjawab tehadap
keluarga, isteri terutamanya dan anak sudah semestinya, kereta untuk kegunaan
harian, rumah untuk tempat berteduh, semua ini perlu ada rasa tanggunjawab, dan
selepas ini, sekolah untuk anak, kadang-kadang aku terfikir, bolehkah aku lalui
benda sebegini dengan keadaan financial yang sebegini rupa.
Jawabnya adalah, bersabar dalam apa jua keadaan, berjimat dalam apa jua
keadaan, redha dan mensyukuri nikmat, walau sebenarnya tiada benda yang mudah
dalam kehidupan.
Realitinya tanggunjawab akan semakin besar apabila kau semakin membesar.

No comments:
Post a Comment