Bagi saya UMNO kini sedang berada pada landasan yang sedikit bercelaru, konflik-konflik dalaman yang semakin parah, kronisme yang semakin keterlaluan, anak-anak muda tidak secara lansung diberi kepercayaan yang sepatutnya.
Pasca kemenangan BN/UMNO pada pilihanraya umum 13 yang lalu hanya kerana nasib mereka baik disebabkan parti lawan mereka yang kurang bermutu, rakyat masih rasional dalam hal ini rata-ratanya masih tidak ada pilihan yang lain selain Pakatan Rakyat.
Cuba bayangkan, lawan mereka adalah parti yang begitu kualiti dan produktif, saya dapat rasakan yang UMNO akan tumbang, akhirnya akan menyembah bumi dan rata rata pemimpinnya akan merasai kesusahan untuk mengembalikan kegemilangan parti ini.
Mungkin UMNO sudah ketandusan orang-orang baru atau muda yang lebih berkaliber untuk terus memimpin pucuk pimpinan parti atau mungkin pemimpin atasan sudah berasa selesa dengan pencapaian mereka, bagi saya ini satu perkara yang mungkin bakal menjatuhkan UMNO dimana, jarang sekali saya melihat orang-oranb muda dapat memimpin tampuk pimpinan tertinggi, maka proses meremajakan UMNO menemui jalan buntu.
Hal-hal dalaman yang saya juga tidak pasti kesahihannya, namun saya masih dapat melihat akan kelemahan parti ini dalam mendemokrasikan parti kerana terdapat segelintir pemimpin yang berada dalam UMNO masih dan sedang berasa yang mereka ini diperlukan parti walhal mereka inilah pemusnah parti secara halus yang tidak boleh kita lihat.
Idealogi orang muda mereka menolak secara mentah-mentah apabila mereka berasa yang ideologi ini bakal menjatuhkan mereka, ironinya sikap mereka ini tidak dapat diterima,
UMNO perlukan perubahan, bukan hanya perubahan pada dasarnya, tapi perubahan pada pemimpinnya, ubah kepada yang lebih berkualiti, yang lebih produktif, yang lebih kreatif dalam setiap dasar ideologinya, mudah diperkatakan dengan ubah kearah yang lebih demokrasi.
Berilah peluang pada muka baru yang lebih bagus dan yang lebih kreatif, bukan hanya maju pada parti, tapi maju pada bangsa agama dan negara.
Maka proses meremajakan UMNO akan terus dapat sokongan dari pihak pihak atasan yang lebih berkuasa.

No comments:
Post a Comment