VSCO

VSCO Logo

February 01, 2014

Perempuan Jelita Akalnya



Sering aku ingatkan dalam kepala, jangan lupa dan jangan karut, dari mula kehidupan yang biasa itu aku lalui persis menjadi semakin baik dari hari ke hari, pokok juga mengalami resam yang sama,

Bukan mudah untuk kita memulakan sesuatu benda yang baru apatah lagi kita tiada pentas yang tersedia dan tersegam didepan mata, mana nak cari itu dan ini tanpa ada bantuan rapi dari manusia-manusia lain yang sering membuat kita jadi jatuh, hanya tahu melolong, tapi sekurang-kurangnya aku masih berdiri tegak.

Aku percaya rezeki itu berterabur, cuma hanya manusia itu sendiri yang perlu pergi mengutip, bukan duduk diam benda boleh jadi depan mata.

Hari demi hari aku tempuhi bersama dia, dia banyak beri aku semangat, dia banyak beri aku kekuatan.Walaupun fizikal kami memang tidak sehebat manusia lain, yang punyai harta benda seolah petik sekali muncul semua,

Kadang leka itu membuat kita belajar sesuatu, kadang miskin itu buat kita ingat sesuatu. tidak kira apa jua keadaan, aku dan dia pasti akan harungi, biar orang bising, biar orang berkata, aku tetap aku dia tetap dia, kami mungkin hanya minimal dari semua segi, tapi akal kami tidak sama seperti manusia manusia lain, ideologi berbeza sama sekali.

Genius nya isteri aku tiada tolok banding, cerdiknya isteri aku tiada dapat ditanding, hanya dia akal bergerak aku yang aku tak boleh jumpa di tepi tepi jalan, nadi aku bergerak oleh kerana jantungnya mengepam, darah aku mengalir disebabkan nafasnya terhembus.

Dia tiada di mana-mana yang kau fikir boleh dapat sekelip mata, tiada!!

I love you sayang, selamat hari ulang tahun yang pertama untuk alam perkahwinan, dan selamat hari ulang tahun yang ke 4 untuk alam pertemuan.

wanjah
2 feb 2014

No comments: