VSCO

VSCO Logo

February 18, 2014

Risiko

Dari masa ke semasa, dari abad berabad, peredaran masa semakin pantas, seolah-olah kau baru rasa semalam walhal sudah bertahun jauh ke belakang, dunia moden budaya moden dan bercampur-baur.

Perkara utama penulisan aku kali ini adalah tentang berniaga online.yang mana rata-rata semua orang tahu, bagi aku ada dua cabang: Penjual dan pembeli

Aku juga salah seorang yang telah mencuba menjadi penjual, kalau dulu aku sebagai pembeli, masih boleh dikira barangan yang aku beli secara online, kebanyakan barang camera yang memang aku malas nak cari di kedai-kedai luar,

Perkara pertama pengalaman aku selama beberapa bulan ini menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara online ini adalah tentang:

Backout Buyer
yang mana orang yang sudah membuat order dan pilhan barang yang mereka inginkan, senang cerita sudah ke step yang penghabisan untuk cara pembelian secara tiba-tiba melenyapkan diri, perkara ini berlaku apabila konsep "pre order" yang aku cuba buat dengan tanpa meminta wang deposit, iyalah nak dapatkan kepercayaan orang bukan mudah, kalau tiba-tiba aku minta duit confirm orang akan claim aku penjenayah siber yang mahukan wang sahaja then cabut lari, walhal mereka boleh track aku melalui nama dari account bank aku, tidak mungkin untuk aku menggunakan account orang lain.kan? takpa, pengalaman pertama.aku gagahkan diri untuk teruskan cari buyer lain selagi boleh, ingat! bukan mudah ya!!

Orang yang kerjanya bertanya sahaja
Ini juga satu masalah bagi aku, tanya bagai nak rak, last-last diam membisu seribu bahasa, lumrah mungkin ada yang jenis semacam ini.

Orang yang buat tak nampak
Ini sudah tentu jenis orang yang memang tak angkat port sangat, yang dia tahu ber-media sosial sahaja tanpa menggunakan kemudahan yang tersedia di depan mata.

Orang yang kaki spam
Ini kadang-kadang melampau pun ada, promotion barang mereka untuk kepentingan diri mereka, habis aku dapat apa? budaya tolong menolong mesti ada toleran disitu, bukan memberi keuntungan sebelah pihak sahaja.

Kepayahan mendapatkan followers
Ini perkara utama yang perlu peniaga online yang kurang famous macam aku, yang tiada pengaruh dalam media sosial, yang tiada apa-apa benda menarik dalam dunia maya, bukan artis, bukan ahli politik dan bukan pempuisi terhebat seantero dunia.Ini perkara paling mencabar bagi aku untuk deal dan cuba-cuba nasib dengan orang yang kita tak kenal dan mereka juga tidak mengenali diri aku yang hina ini.

Rata-rata perkara ini yang so far aku hadapi, buyer tu masih boleh di kira, ada lah sehari seorang, aku bersyukur, mungkin its a good start for us(aku dan wife) untuk teruskan perjuangan dalam dunia perniagaan, niat untuk membuka sebuah kedai memang ada tetapi bukan sekarang, mungkin 3 4 tahun lagi untuk membuat secara kecil-kecilan sehingga stable.

anyway, terima kasih yang sudi support aku, yang sudi menjenguk page aku.


No comments: