VSCO

VSCO Logo

March 03, 2014

Berniagalah sehingga Menjadi Empayar

Kegiatan modus operandi yang boleh dipanggil skim cepat kaya makin hari makin berleluasa di kalangan masyarakat kita, kalau dulu dipanggil skim cepat kaya sekarang mereka memberi nama MultilevelMarketing (MLM) , mungkin MLM ni telah wujud lama.

Aku tak punyai masa nak kaji apa itu MLM yang sebenarnya, tapi perkara yang paling amat merisaukan pada hari ni adalah budaya melayu yang terjebak ke arah skim ini, ke arah ingin menjadi kaya, mengambil jalan alternatif untuk menjadi kaya.mudah. Cari orang sana sini masuk bawah mereka, konsep "upline downline" lepas tu dapat bonus itu ini, kadang yang terlalu taksub pun menjadi satu benda yang terlampau gamaknya.

Bagi aku, sistem ini tidak salah, cuma kadang-kadang mengarut! mengarut dari segi pendapatan yang terlalu lumayan sehingga mencapai puluhan ribu ringgit.memang tidak mustahil untuk mendapat pendapatan sejumlah itu dengan bekerja keras, akan tetapi bagi aku ianya mengarut, kenapa mesti menjual barang dengan mendapat keuntungan atas angin? Kenapa terlalu mudah untuk mendapat keuntungan sebegitu rupa? Terkadang mengelirukan juga.

Usaha dan kegagalan adalah punca kejayaan, kenapa tidak menjual produk di pasaran dengan cara yang sistematik, edarkan barangan di serata kedai, store, atau di pusat membeli belah. Sesuatu barangan yang bagus kualitinya tidak perlu promotion besar besaran dengan billboard di tengah kota, di tepi highway, cukup dengan mulut ke mulut, aku rasa promosi seperti ini yang lebih menguntungkan kerana ianya dibuat secara percuma.tidak perlu sistem downline, tidak perlu memberi bonus yang kita tidak tahu penghujungnya, kerana aku lihat terlalu banyak syarikat MLM menemui jalan kegagalan, kenapa tidak membina satu empayar besar yang menemui jalan kemenangan dan akan di warisi terus dari zaman ke zaman? Kenapa mcdonald boleh, kenapa kfc boleh, kenapa burgerking boleh, kenapa silverstone boleh, kenapa nike boleh? Kenapa kita melayu mesti buat MLM?

Kadang terasa loser kerana kita dididik dengan cara begini, dididik oleh bangsa sendiri yang lebih mementingkan keuntungan diri, untuk jangka masa pendek, kenapa kita tidak fikir long term?

Persoalan ini aku tertanya-tanya hingga ke hari ni, kenapa perlu MLM? Kenapa perlu belum setahun berniaga sudah pakai lamborghini?

Ingat, peniaga yang maju bukanlah peniaga yang memakai kenderaan mewah rumah mewah, tetapi peniaga yang maju adalah peniaga yang dapat mengekalkan empayarnya sehingga ke anak cucu.

No comments: