VSCO

VSCO Logo

July 11, 2014

Jurnal Seorang Robot Part 1

Selok-belok dunia aku rempuh, terjunam selalu ke dasar. Aku layankan..:

Masih aku ingat dan tidak akan lupa, ya lah.. perjalanan hidup sendiri tak kan nak lupa lenyap macam tu je, tapi beribu pengalaman aku dakap , sampai tidak muat satu pelukan, mungkin perlu berjuta lemon pelukkan.

Dulu, masa rencana dan mewarna kehidupan , aku mula kenal erti jerih perih, warna hitam dan putih, yang gelap dan yang terang, aku bergaul dengan semua jenis lapisan manusia, dari bawah tanah sampai yang tinggi ke langit, yang mendongak tu paling ramai, yang hampir terjunam ke kancah hitam pun ramai.

Aku sejenis manusia yang sentiasa mencuba, sentiasa mencari kesilapan diri, dan kadang-kadang tu terlepas pandang juga, silap sendiri memang selalu kita buat-buat tak pandang.realiti..;

Ada satu ayat buat aku teguh sampai sekarang ; " Berjaya bukan kerana sijil, berjaya kerana disiplin diri dan tidak jemu berusaha"  , aku lalui kehidupan bermodalkan kata-kata motivasi yang aku sendiri cipta, peduli apa aku kan?.. bagi aku tidak ada level dalam hidup, semua level adalah sama kerana ianya terlalu subjektif, level untuk videogame tu lain, sentiasa meningkat ke atas dan tidak akan turun, level dalam kehidupan manusia duniawi sentiasa berubah-ubah, aku pegang konsep realiti berpijak pada bumi yang nyata.

Tidak ada manusia itu gagal selamanya, gagal hanya untuk seketika adalah satu nature dalam kehidupan, manusia tak akan pernah lari dari kesilapan yang membezakan hanya cara manusia itu mengaturi kesilapan itu menjadi warna dalam kehidupan untuk bekalan mewarna akan datang, ayat aku habis pesong dah ni.ok relax.


serius..


Selalulah bercakap pada diri sendiri, yang kau boleh; Boleh dalam kata erti lain kau MAMPU, mampu untuk terus hidup.

Sekarang jiwa aku dah penuh dengan perisian-perisian dari anak dan isteri, jiwa aku dah full, tak boleh masuk benda-benda negatif lain lagi dalam tubuh, itu lah steroid dalam hidup aku ; Anak Dan Bini!! Kalau nak maju pun, hanya kerana ALLAH , Isteri dan Anak.



Hina macam mana sekali pun, ALLAH tetap ada disisi, kun fayakun apa-apa boleh jadi, tiba-tiba kaya raya, tiba-tiba boleh jadi fakir miskin. Kadang-kadang kena cuba dongak ke langit, sambil jenguk-jenguk yang di bawah..

arghh.nanti lah sambung lagi..


No comments: