VSCO

VSCO Logo

April 19, 2016

Menjalani Kehidupan Minimal


Tahun berganti tahun , membuat kita semakin hari semakin matang. Selagi hayat dikandung badan , cabaran demi cabaran akan kita pikul. Ini semua untuk survival hidup yang semakin getir , keadaan ekonomi memaksa untuk tidak cukup berehat , untuk aku , 24 jam ada lah masa bekerja. Kadang tertanya sampai bila,?

Duniawi yang aku kejar adalah bukan semata-mata untuk kepuasan , tapi ianya lebih kepada komitmen hidup; ruang-ruang masa diisi dengan penuh komited , daya atau tidak bukan lagi bahan ukuran yang penting semua "berjalan". Kisah-kisah setiap orang itu berbeza , dugaan yang di lalui juga berbeza;

Mahu menempuh ombak dan badai ini bukan satu perkara yang ringan , kita pelajari setiap detik apa yang kita lalui , indah atau suram itu lumrah ketentuan. Orang kata kehidupan itu seperti roda , jadi apa jua keadaan; get ready sahaja.


Walaupun dalam apa jua keadaan;aku bersyukur kerana dalam apa segala aku lalui , aku punya keluarga—di mana aku tidak perlu gentar merintih menangis sendirian , keluarga cukup membahagiakan , biar tidak kaya , biar merempat sekalipun keluarga adalah segalanya.

Cukup untuk sekadar konsentrasi terhadap dunia sekeliling , kejar cita-cita dengan menghadapi kegagalan. Kadang-kadang aku motivate diri aku sendiri dengan cara berfikir secara positif. Punca utama kegagalan adalah kelemahan, kelemahan diri yang kadang kita sorok dari tatapan umum. Oleh itu , sedar diri adalah jalan penyelamat titik peluh usaha kau.

Berbalik kepada kehidupan minimal aku , aku bersyukur sekali lagi kerana aku punyai masa menjaga anak-anak setiap hari , seperti biasa malam adalah waktu aku mencari rezeki dan siang adalah masa aku menjaga rezeki yang telah Allah kurniakan , nampak mudah; sebaliknya keseronokan dalam kepenatan. 

Inilah dua orang anak bijak dan comel bagi aku , yang memberikan aku kehidupan yang amat lengkap walaupun pahit getir terpaksa aku lalui; cukup melihat wajah mereka membuat aku rasa di awangan. Lupa hal-hal kerja, masalah, dan segalanya.

Tidak dinafikan hampir 90% masa aku dihabiskan di rumah dan di pejabat , selebihnya adalah masa aku merehatkan minda sama ada menghisap rokok atau rehat di bilik menung(berak).


Letih itu memang letih; aku bernasib baik kerana didampingi seorang isteri yang banyak membantu , kadang-kadang bila aku lack of focus tehadap benda sekeliling , dia ada membantu. Kurang tidur juga menyebabkan aku kadang-kadang jadi blur , kemurungan mungkin tapi energy ini dapat kembali apabila mula bermain bersama anak-anak.

Senang cerita—kehidupan harian aku buat masa ini , lebih kepada family , fokus aku adalah mencari rezeki , mencari keselesaan hidup untuk keluarga kecil aku , kita kadang-kadang tepaksa meranapkan impian apabila sudah bekeluarga , positif kan diri , kerana impian ini tidak semestinya akan mati.


Renung masa depan yang masih belum pasti , jangan kata anak-anak muda sahaja yang masih tidak nampak masa depan , aku yang sudah punyai dua orang anak juga masih nampak kabur tentang masa depan , mahu membeli rumah , harga yang sangat tidak masuk akal , apakan daya hanya usaha sahaja yang dapat merubah.

Inshaallah , Tuhan sentiasa bersama , sentiasa akan guide hambanya , cuma kita sahaja sama ada sombong atau ego dengan NYA..


No comments: