VSCO

VSCO Logo

January 25, 2016

Malaysia di ambang kemusnahan?




Sejak akhir-akhir ini saya melihat ketidakstabilan politik kita semakin meruncing , bertambah merunsingkan apabila ekonomi dunia yang tidak menentu menjadi alasan untuk pemimpin kita bergoyang kaki , ini bertambah merisaukan masa depan kita di paras kurang selesa.

Segelintir masyarakat sedar akan hal ini , namun masih tiada tindakan-tindakan drastik diambil , adakah kita takut atau ingin menjaga periuk nasi sendiri? Rata-rata ini saya tujukan khas kepada ahli-ahli UMNO yang membuta tuli menyokong pihak atasan.

Cukup-cukup lah;
Saya sedar kesetiaan kepada parti memang menjadi amalan setiap organisasi , namun kesetiaan apakah yang ahli UMNO pilih? Kesetiaan yang membawa rebah , fikir-fikirkan lah.

Penat lelah pejuang UMNO berdekad yang lalu akan punah dengan sekelip mata diatas tindakan yang tidak munasabah dari pihak pucuk pimpinan , adakah ini yang mereka mahu? Pergolakan seakan tiada jalan penghujung , yang bagus dihentikan perjuangannya , yang tahi di agungkan.

Mahukah ahli umno melihat Putrajaya di tawan oleh bangsa bukan kita , sebuah legasi yang di bina oleh seorang melayu jatuh ke tangan asing? Fikirkan lah.


No comments: