VSCO

VSCO Logo

January 17, 2013

Perbezaan Pemimpin UMNO BN dan PKR Pakatan


Aku nak main terjah,  nanti aku salah, tapi ini di atas pengamatan aku dan pemerhatian aku, mungkin aku hanya dapat berikan secara lahiriah, sebab aku manusia, kau rasa aku salah kau tembak je.mudah.
Ada dua benda, agenda dan keikhlasan, kau patut tanya diri kau, sama ada kau berjuang untuk apa, pertahankan hak kau?kepentingan nafsu peribadi kau?kepentingan rakyat sekalian? Atau kepentingan diri kau,


Aku tak nafikan, setiap organisasi atau pun persatuan itu pasti akan ada korupsi,kronisme, yang mana kalau kau bekerja dengan baik dan pandai "kipas" kau pasti akan naik atau maju, itu kira secara kotor, secara bersih-nya,  ada juga yang naik dan maju dengan usaha sendiri,ok aku tak nak ulas banyak tentang benda ni, yang aku kira memang semua sudah tahu,


Benda yang aku nak sampaikan, adalah bila kau sendiri boleh tengok dan fikir tentang pemimpin kau yang kau sanjung, serius aku juga ada rasa tidak kepuasan hati sedikit kepada kerajaan, tetapi lebih berfikiran terbuka dan lebih berfikir kesan-kesan nya jika aku menjadi seorang penentang, mungkin kesan nya terhadap generasi akan datang,


Tanpa kau sedar sebenarnya, sifat pemimpin kau itu telah mengambarkan bahawa dia jujur atau tidak dalam perjuangan nya, atau sekadar indah khabar dari rupa, aku tak peduli kau nak cakap aku pencacai UMNO, tapi aku tahu apa yang aku rasa nak buat, macam kau kau semua buat, kau tahu apa yang kau buat.betul?
Ok yang aku lebih nak tekan kan, pemimpin kau tu, buat kerja ke atau sekadar duduk menghadap media sosial sambil menabur fitnah, kesahihan cerita yang kau sendiri pun tak tahu, kau jadi pak turut, seolah olah kau tak boleh berfikir dan buat sedikit kajian,



Tak payah lah aku cakap banyak, just compare apa pemimpin kau buat dan bezakan.





kau tabik orang yang macam ni, banyak lagi orang kau boleh tabik yang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.


semunya untuk rakyat, takda pun Najib selitkan unsur memburuk-buruk kan orang lain,

ramai follower..huhu

xde benda lain, semua yang buruk, UMNO yang buat seolah-olah takda satu pun benda yang baik dan bagus.

kroni kroni kroni, itu je kau tau sebut, pakatan takde kroni ke?

1 comment:

dyla ahir said...

Assalamualaikum,mungkin saya muda dan wanita. Mungkin Encik fikir saya bukan jenis layak cakap dan bangkang.Nanti satu dunia rejam cakap tak syukur negara dah aman. Alhamdulillah negara aman,sebab anugerah tuhan. Tapi kadang2 kita terlalu suka nampak perkara baik besar orang buat tapi perkara jahat kecil orang buat kita tutup buta mata.

saya jujur saya bukanlah orang kerajaan,lebih baik jujur dari berkias sebab tuhan cipta manusia atas bumi untuk pilih.
Macam kita pilih islam atau sebaliknya, masuk syurga atau neraka, isteri pilih bonda atau kita cinta. Sebab kita ada hak.
Jadi pilih lah.

saya bukan benci atau caci kerajaan.
Tapi kenapa masa dulu,tika anwar jadi menteri kewangan,pemangku perdana menteri semua sanjung cuim kaki??
Bila dia dituduh fitnah dan pelbagai kes moral yang tukang cium kaki hilang sembunyi diri.
Manusia itu suka bermuka-muka bukan??
bila orang senang kita kejar konon mampu dapat rasa sedikit kesenangan,bila orang itu susah kita jauh takut tuhan bagi sedikit rasa susah pada kita.
Takut kesusahan tuhan bagi itu benda paling bodoh dalam dunia.

Nasib "Anwar" masih tabik mahasiswa. Bukan kata pendidikan percuma itu satu bankrap pada negara.
Bagi pendidikan itu benda mulia,bila anak pandai boleh tolong negara.
Kadang-kadang kita hanya duduk dalam keluarga,kawan,jiran dan masyarakat.
Encik harus sedar,saya antara mahasiswa yang sangat mahu pendidikan percuma.
Pencen penjaga hanya seribu lebih sebulan,nak tanggung 2 anak ke universiti??
Harta mana lagi mahu mak saya jual? Bank mana lagi mahu mak saya pinjam? Berapa inchi lagi muka harus ditebal pinjam duit dengan kawan-kawan.

Kalau kita cakap orang disana sebar fitnah walhal kita tak tahu cerita sebenar,samalah kita pun sedar fitnah.

Nampak kejam kan?
Marah?
Mintak maaf.....

Tapi kenapa kita tak pernah nak bagi peluang pada pihak lain perintah??
Jangan lah sebab taksub cerita kita tak bagi peluang.
Satu penggal saja...kalau kucar lana negara kerana pembangkang..
Encik boleh bawak kawan, rakan seperjuangan satu malaysia dengan parang dengan gas pemedih mata..
Bunuh saja orang yang Encik bagi peluang.
Kalau apa dikata tak ditunai.


Orang kata saya degil.Mak saya umno, ayah umno,keluarga umno, abang sepupu sufian awang..
tak kenal sufian awang? malu jadi orang umno.

Saya perjuang bukan nak semua orang benci saya tapi nak berjuang demi dunia akhirat saya.

Kadang-kadang jangan benci sangat pada orang,nanti yang paling dibenci tu kita paling sayang.Tuhan punya kuasa apa pun boleh jadi.

Ok!! Mungkin lah tuduhan moral anwar itu realiti.Tak siapa tahu,malaysia terlalu ramai manusia suka menipu.
Tapi paling kurang anwar simurah moral itu ajar isteri dan anak pakai tudung.Tutup aurat.
Paling kurang,dia masih sayang anak isteri.
Mungkin orang yang pakai tudung ada yang lebih jahat dari tidak pakai tudung.
Tetapi, orang yang pakai tudung belum tentu masuk syurga...yang tidak pakai tudung dah tentu masuk neraka.
Anwar jahat pada rakyat pun tak apa lah janji dia jaga anak bini.
Kita nak pilih pemimpin tengok dari situ lah.Keluarganya.

Mesti encik kata saya melalut sampai jadi ustazah. Meluat??
Yang diluatkan itu agama,pegangan,ajaran.
Agama tentu syurga neraka yang kekal tak ada hujung. Fikirlah.

Saya tak halang encik dengan umno.Macam diperkata tadi hak masing masing.
Tapi tak perlu lah tuduh orang itu memfitnah takut kita nanti yang jadi tukang fitnah. Bahaya,jaga kata :)

Amar Ma'ruf Nahi Munkar.
Yang baik dari allah
yang buruk dan meluat pada encik ini semua dari saya.

Assalamuaikum