VSCO

VSCO Logo

November 14, 2013

Full Payment Patient Hospital Putrajaya

Full Payment Patient

Alhamudlilah anak aku selamat di lahirkan pada tanggal 5 november 2013 bersamaan awal muharam, aku bangga dan aku rasa teruja dengan kehadiran Madani, anak lelaki, dan seperti ibu bapa yang lain juga berharap yang Madani akan terus menjadi insan berguna pada agama, bangsa dan Negara.
Banyak perihal yang berlaku dari yang manis sehinggalah yang pahit, walaupun bagi aku yang pahit itu tidak mendatangkan apa-apa kepentingan pun dalam fasa kehidupan aku, Madani lahir secara ceasar-section dimana kedudukannya dalam perut mummy nya tidak engage di tempat sepatutnya yang dipanggil oblique, akan tetapi Madani sihat dilahirkan dengan berat 3.1kg, aku juga terkejut dengan berat Madani ni, sebab dari aku lihat bentuk perut mummynya tidaklah sebesar mana pun, doctor juga berasa terkejut agaknya.


Pranatal Check-up

Dari seawal 4 minggu di mana aku dan isteri mendapat tahu bahawa beliau pregnant sehinggalah pada minggu ke 39 di mana seakan Madani meminta-meminta keluar pada awal muharam, baiklah, banyak benda yang kami lalui sepanjang tempoh mengandung,

Pada awal prenatal check-up kami mengambil keputusan untuk membuat rutin rawatan secara Full Payment Patient (FPP) di hospital Putrajaya, dengan review kawan-kawan yang mengatakan agak worth it jika mengambil FPP ni antara sebabnya adalah murah dari hospital-hospital swasta, murah sangat!
Wife aku jalani rawatan seperti biasa, Cuma urusannya agak complicated, biasalah hospital gomen, kalau senang berurusan itu bukanlah gomen, haha. Tapi hanya sabar yang dapat aku buat sebab nak MURAH punya pasal.


Darah Kurang

Mungkin ini satu dugaan dariNYA, wife aku kekurangan sel darah merah yang below than 10.0, masa kali pertama buat check-up, darahnya lebih kurang 8.7 dan telah mendapat satu pelekat yang akan dilekatkan pada buku prenatal yang berwarna kuning, iaitu “ibu yang berisiko” , jadi kalau-kalau nampak buku ada sticker kuning tu maknanya ibu tu ada problem dengan diri dia, haha.

Masalah kurang darah ini makin minggu makin merunsingkan, dan wife aku sentiasa berjaga-jaga dengan memakan pelbagai jenis vitamin, dan makanan yang boleh buat darah kembali normal, dan keajaiban tuhan beri, masa nak melahirkan Madani, peratusan darah kembali naik Cuma tidak berada pada paras normal, tapi hampir-hampir normal.


Admitted di Hospital Putrajaya

Pada 3 November 2013 iaitu pada minggu ke-38 kandungan wife aku, masa tu 1 hari kurang untuk ke minggu 39, wife aku mengadu yang baby dalam perut tidak bergerak aktif, aku terus ke hospital, dan terus kena admitted sebab masa tu juga doctor mengatakan yang kedudukan bayi oblique, oblique adalah kedudukan bayi agak terpesong ke tepid an kepala bayi tidak betul-betul berada pada rahim, jadinya doctor menyuruh untuk stay di hospital jika takut-takut perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Semasa pendaftaran aku di minta untuk membayar deposit sebanyak RM3000, nasib baik memang aku dan wife ada spare duit, aku cuba-cuba melawak dengan petugas di kaunter pendaftaran, “bayar 2000 dulu tak boleh ke kak?” akak gomen biasalah, jawapan tipikal “tak boleh dik, memang kena 3000, kalau tidak saya tidak boleh daftarkan wad ni” dalam hati aku, kalaulah ada pesakit yang betul-betul emergency dan tidak sempat nak pergi mencucuk, kan ke satu hal!! Hmmm..


Full Payment Patient yang tak berapa nak mesra pelanggan

Wife aku selamat di admitted-kan, di tingkat 5 bilik 12b katil seorang, yes! Memang special biliknya, aku mula rasa berbaloi letak deposit RM3000, aku lega sebab wife boleh relax dengan tenang jiwa sementara menunggu rawatan seterusnya.

2 Hari 1 malam duduk menunggu doctor untuk membuat keputusan seterusnya, jika lambat risau juga dengan keadaan baby yang kurang bergerak, risau baby lemas, wife pun duk pening-pening memikirkannya, tapi doctor tidak muncul-muncul, 3 hari 2 malam di hospital barulah dapat membuat keputusan sama ada mahu induce atau c-sect, tapi doctor menerangkan bahawa jika induce tiada guna disebabkan kedudukan bayi oblique, satu jalan adalah dengan c-sect, takpa lah, aku redha je lah, sebab yang aku nak pastikan dua-dua selamat, baby dan mummynya.

Sepanjang aku di hospital, aku tidak jumpa nurse yang betul-betul mesra, yang fake mesra itu ramai, kami di layan macam sampah, aku sebagai husband walaupun duduk bilik single, aku tetap tidur macam tenggiling atas sofa, aku redha lagi lah, sebab yang penting wife aku selesa.


Waktu lawatan yang tidak relevan

Ini benda yang paling buat aku berang rasa menggigil nak tumbuk muka pengarah hospital yang buat rules bodoh ni, patutkah bagi anda waktu rawatan seperti ini
12.30tgh-2.00petang dan 4.30petang-7.00malam
Tak munasabah lansung!! Mak bapak mertua dan sedara mara yang nak datang dari jauh terpaksa mengikut masa lawatan yang macam gampang ni, lagi-lagi aku yang berbayar ni terkena tempias, kalau di hospital swasta anytime je boleh masuk dengan syarat tidak membuat bising yang sampai tahap orang tak sakit boleh jadi sakit,

ini satu perkara yang tidak patut.


Discharge

Sepanjang 5 hari 4 malam duduk di hospital, aku rasa seksa jiwa dan raga disebabkan layanan nurse yang bertaraf 1 star pun tidak sampai, selepas Madani dilahirkan, tiada seorang pun makcik-makcik nurse yang datang bertanya khabar pada Madani(maksudnya check lah demam ke apa ke kan?) Cuma yang mereka tahu, ambil bacaan tekanan darah wife aku, lepas tu chow sin chow,  

satu hari lepas bersalin, muka seorang pun nurse tak muncul, wad 5a ni adalah wad VIP yang patientnya tidaklah berapa ramai, dan suasana yang tenang dan tidak busy seperti di wad-wad lain yang FOC je tu, jadinya nurse sepatutnya memberi layanan yang tersangatlah istimewa kepada kami yang membayar.

Selepas 5 hari, aku terpaksa memaksa doctor melepaskan wife aku dari genggaman kejam si nurse-nurse di tingkat 5a ni, kebetulan memang wife aku keadaannya stabil, dan aku pergi ke kaunter bayaran untuk meminta bil, yelah manalah tau kalau-kalau ada balance deposit RM3000 tu, jadinya menunggu sekejap pun tak apalah.

Tunggu punya tunggu dengan akak kaunter yang buat kerja sambil berborak-borak dengan akak kaunter yang disebelahnya, dah sah-sah bila kau berborak jadi lembablah kerja kau, aku tunggu dan masih menunggu dengan penuh debaran,

Beberapa minit kemudian, mesin cetak yang kurun keberapa gomen pakai aku pun tak tahu, siap mencetak bil, aku dengan teruja melihat,  

RM4938.50!!

Dengan muka slumber aku, terkejut dalam hati, lebih baik aku ke hospital swasta kalau macam ni, maka dengan slumber kena bayar lagi 2000 lah,

Jadinya, pengajaran untuk aku, ini adalah first and last aku bawa wife ke hospital yang macam mencekik darah ni, kalau layanan yang baik diberikan, aku rasa aku tak akan buat cerita bodoh menaip panjang berjela macam ni, baik aku cakap “FPP di Hospital Putrajaya adalah yang terbaik” kahkahkah..dengan gomen ni bagi ayat sarcastic pun depa tak faham agaknya.

Kesimpulan kes di atas, jangan bawa isteri anda melanggan FPP, dah lah check-up everymonth kau kena bayar RM110, itu pun kalau kau tak ada masalah nak ambil darah dan sebagainya,kalau ada ambil darah dan sebagainya charge tambahan akan dikenakan, lagi mau cekik dengan bil yang mengagumkan ni dan layanan yang mengasyikkan.

Lebih bagus pergi ke swasta yang mahal dan dah tentu-tentu layanan 1st class!


Sekian terima kasih!

1 comment:

Anonymous said...

DUK KAT WAD 5A 1 HARI RM 300... MMGLA MAHAL...HEHEHE... PADAN MUKA AKU.. NAK SANGAT FPP...